Wednesday 29 June 2011

Cerita..aku lagi..

cam ner nak mulakan yer..cerita ni, adoiii pening dan terkedu aku dibuatnya..seorang teman chat ku mengatakan bahawa dia sedang berperang besar dengan wife dia gara2 hanya kerana dia berchatting dengan aku, dan si isteri menyangka aku adalah kekasih gelap suaminya..hanya kerana sekeping gambar di profile picture aku...mak aiii terkejut berbaur jadinyer...

kawan aku tu pun dah tak reti nak xplain cam ner kat wife dia..bahawa kami hanya kawan biasa, kawan sekolah tak pernah jumpa pun sekarang..sekadar gurau2 dilaman Fb sahaja..bermissing2..bermuuaahh2..adoiii, aku jadi terkejut tetiba kawan tu bagitahu dia perang besar gara2 wife dia terbuka Fb dia nak terbaca msg kami..

Ini lah yg dikatakan kebaikan mahupun keburukan laman FB ni..apa sajer boleh berlaku..dan aku ambil ini sebagai satu iktibar bahwa walaupun apa yg kita buat dan tulis itu tidak membawa apa2 erti dalam diri kita..tetapi benarlah kata orang mata pena itu lebih tajam dari mata pedang..renung2kan yer..

Aku..ya ampun dah tak mahu dah berchatting lagi dengannyer..hanya sekadar aku say hello di PM sahaja..serik wei..kesian dia..dan bagi aku wife dia maybe cemburu buta...tolonglahhh wei aku bersuami dan aku ada life aku sendiri..aku ntak mungkin mengkhianati cinta dan kasih sayang suami ku terhadap aku..

Thursday 9 June 2011

Cuticuti kami..

Penatttt...tapi best lah dapat bawak anak2 pergi bercuti..walau pun tak dapat bercuti luar negara, pergi KL pun okey aper..dapat bawak anak pergi I-City..waaahhhh cantiknya bandar lampu tu..teruja kejap..dari kul 9 malam sampai 3 pagi..dapat bayangkan tak? hahhahaha

Lepas lah anak2 aku terutamanya Marni Hani Izzatti dan Muhammad Amir Iqbal bermain ais di I-City..bayaranya makkkk aiiii cekek darah..Dewasa RM25.00 kanak2 RM20.00 sewa Butt RM10.00 parking masuk Rm10.00 utk sebuah kereta..huishhh kaya2..

Demi untuk anak2 berkorbanlah sikit kan..bukannyer selalu..Ahhhh hari ni nak kuar shopping pulak..hishhh lambatnya nak boleh bergerak..ada yg tidor ada yang belum mandi..aku ni dah cair make - up..copeklahhh weiii..ponatt den ni.. hehheheeh..nnt lah sambung yer..gambar2 pun tak leh up load lagi busyy..hehehehh

Tuesday 7 June 2011

Cerita Persatuan hehehehe

Nak citer tentang Persatuan Isteri2 Penguatkuasa (Belum Daftar dengan ROC lagi) Persatuan haram lah ni..Gilerrs punya statement..kihkihkih..

Cam nilah bila kami2 ni berjumpa..seronok bukan main..Biasanya kami2 ni akan berjimba2 bila sang suami ada pertandingan bolasepak atau pun futsal..so kami ni apa lgi..jom kita berpiknik dimalam hari..Lokasinyer tepi padang Bolasepak MPK dekat Masjid Negeri..meriah sesangat..Kita orang akan bagitahu malam ni kita piknik..Okey sebagai kakak kepada adik2 ni..cam biasalah aku akan masak untuk makanan yang berat..Nasi lemak or makanan lain lah..yang ringan2 biasanya Bahagian Buah bagi kat Liena Sidek, Air bagi kat Bibik (Rosmawati) Tikar Puan Ainie dan yang lain macam Si Nurul Yazid, Tun Amina, Ayu, Ina Pian dan yang paling glamour si madam kami Puan Amy Salwani..hahahha dia bagi part makan dan part perabih...

Seronok weihh..biasanya sang suami tak concentrate bermain mata2 dia org asyik memandang kat bini2 yang sedang galak berpinik..suara jgn kiralah semua macam speaker terang dan jelas semuanya..heheheh maklumlah ibu2 nak borak si anak sibuk nak main yang bukan2..mula lah tekak ibu2 terjerit manggilkan anak2..aku yang tak de anak kecik ni tumpang mengilai jer lah tegok gelagat masing2 aduiii..

Berbalik pada si suami yang tak concentrate main ni bukan apa..sebenarnya dia orang ni bimbang kalau2 makanan special yang dibawak tak sempat dek dia orang hahahha..main kemana apa kemana, kalah pun tak per janji dapat makan..hahhaha..Biasanya kita orang ni tak peduli pun berapa gol dia orang sumbat, saper menang, saper kalah..yang penting kami2 dapat bertemu, dapat bergurau, dapat mengutuk..seronoknyer..

Bila abis waktu..kita org nak berpisah adalah saat yang paling best..kami akan salam peluk cium masing2 erat sangat persahabatan ini..dan akan berjanji akan berpiknik lagi jika ada pertandingan bolasepak lagi.. Rindu saat2 cam gini tau..weiii korang bila nak piknik lagi..

Aku dedikasikan cerita ini untuk adik2 tersayang : Rosmawati, Liena Sidek, Amy Salwani, Ainie Ahmad, Nurul yazid, Tun Amina, Ayu, Ina Pian, Emy Rubby, Kak Nor dan yang tak sebut disini...sebenarnya akak dah lupa lah namanya..hehehehe jgn marah yer..dan untuk kesekian kalinya nak bagitahu..Kak Tie sayang kamoo semua...Daaaa...

Monday 6 June 2011

Suka Duka hari ku..

Inilah realiti sebuah kehidupan..ada suka ada duka..ada tawa ada tangisnya, ada riang ada kecewa dan ada hitam juga putihnya..

Terkecik hati ngan hubby (kecik hati secara tak sengaja-heheehehe) dah elok2 planning nak bawak anak2 pergi jalan2 Kuala Lumpur 9 hingga 11hb ni..Si Bongsu dah Xcited sgt nak pergi Zoo Negara dan I City..aku pun dah planning cantik nak shopping baju raya kat Kay El..tup-tup semalam balik kerja hubby cakap tak payah pegi K.L lah..pergi dekat2 jer..ke terengganu..apa ni..dah cantik jer nak pi KL kan..adoiii kecik hati..nak ckp apa kat si botak tu..dia sikit punya Xcited dah nak pergi..benci lah cam ni..suka-suka hati jerk ubah2 Plan..tak suka..

Alasan dia bagi alamak macam tak dapat terima dek akal jer..alasan sebab dia dah nak outstatoin kat KL esok sampai hari Kamis..so nanti dia lama sangat kat KL bosan katanya..apa ni..bagi lah reason yang boleh diterima akal..aku rasa nak dusyummm jer..eeeee geramnyer..maka mood tak elok terbawak2 sampai ke hari ni..dan aku ambek tindakan yang tak biasa aku buat..ambek kau..aku tak gosok dan tak pek pun barang dia nak pergi outstation tu..lantak..Ya Allah berdosanya aku..aku buat hati kering jer..

Sedey bawak ke pagi ni..biasa sebelum pergi kerja, aku mesti salam, peluk dan cium kiri kanan pipinya..dan begitu jugak dia..tapi hari ni aku start kereta terus jer kuar..tak pandang dan tak lakukan rutin tu..sambil airmata dah ke tubir mata..akhirnya luruh satu2 sepanjang jalan menuju ke pejabat..abis make up..

Tetiba sedang melayan perasaan hubby tel..aku tak pick up phone pun..dia call office, bagitahu okey lah pergi lah KL nanti..tapi aku buat keras hati aku letak jer tel..Ya Allah Ampunkan Aku..Tetiba airmata aku laju lagi mengalir..sedey sangat tak tahu kenapa..maybe rasa dia tak pernah nak paham hati aku, dia bukan tak paham tapi dia sengaja buat ego dia tu..eeeee aku tak suka..
Nasib baik lah jugak aku ada teman2 yang sudi mendengar luahan hati aku..rasa legalah sikit..adoiii itulah pentingnya kawan yer..ada teman suka duka..terimakasih semua..

Bila hati dah sejuk, bila hubby telefon bagi tahu dia dah nak bertolak ke KL, aku rasa berdosa sangat..Aku mintak maaf dan menyatakan aku kecik hati dengan tindakan dia..Sebenarnya aku teramat mencintai dirinya, tiada lain hanya dia sorang jer..buruk baik aku terima dia seadanyaer..Terima Kasih Sayang atas Kasih dan Sayang mu..

Kata orang bila kita sedang ketawa..jgn terlalu gembira bimbang duka menjelma..begitu jugak bila sedang berduka..tetiba dapat panggilan dari Si Sulong ku..bagi tahu result exam dah keluar dan Alhamdulillah dia berjaya dan menambah baik dari result yang sem lepas..Tahniah kakak..mama sayang kakak tau..Lega rasanya..berbaloi lah jugak doa aku tak putus untuk dia dan jugak untuk Kak Ngah Dan Adik..TAHNIAH MARNI ZULAIKHA..Mama happy sangat..Sayang Anak2 mama tau..

Dalam duka ada gembira..dan hati ku kembali lapang..aku kembali ceria..Terimakasih Ya Allah atas segala Kurniaan Mu..Amin...

Sunday 5 June 2011

Tragedi Suatu Petang

Malang tidak berbau..benarlah pepatah tu..kalau berbau senang lah kita nak hindarinyer yerk..Nak diceritakan suatu petang tu, masa tu tengah seronok baru dapat anak sedara baru..aduhhh aku orang yang paling Xcited..maklumlah aku ni tak de anak kecik..suka sangat2..tiap petang aku mesti balik kerja pergi umah mak, tgok baby si Khairun Nasyiffah tu lah..petang tu aku siap mandi2 kan baby, pakaikan baju cantik2 dah anak sedara mak teh ni..seronok bukan main..hari beranjak nak masuk maghrib..aku pun bagitahu adik dan mak bahawa aku ni nak balik dulu lah..mak cakap tunggulah lepas2 maghrib baru balik..aku kata tak per lah mak bukan jauh pun..

Masa aku duduk atas skuter CBU 3251 tu hati aku macam terdetik jer..kalaulah aku jatuh kes naya ni..tak tahu lah kenapa aku boleh terpikir cam tu..aku pun dengan santainya bawak motor skuter tu menuju jalan ke rumah, dari jauh aku tgok seorang budak kecik dalam umur 4 tahun dok kayuh basikal ketengah ketepi..dalam hati hai budak ni apa hal ni..aku kekiri dia ikut kekiri, aku ke kanan dia ikut kekanan..entah macam mana aku pun tekan berek sebelah kanan..bammm terjelepuk aku jatuh dengan tangan elok jer berbunyi prakk..aku pun dalam hati "Abislah patah dah tangan aku ni'..ada lah makcik tu pun bising2 kat budak tu..dia ngan selamba jer kayuh basikal balik sambil kejap2 pandang kat aku yang masih tak dapat bangun..

Ada hamba Allah sorang datang tolong angkatkan motor.. dan aku mulalah dah nak nangis sebab Ya Allah sakitnyer tangan tak boleh angkat dah..mintak budak tu tolong hantarkan kerumah..sampai umah apa lagi meraunglah..sambil tak tentu arah nak letak tangan tu kat mana, nak angkat tak boleh nak letak pun tak boleh..menangis2 lah aku sambil mintak anak tolong telefon suami aku yang sedang bertugas..sementara menunggu suami balik..aku dah meraung2 dah sakit yang amat2 sangat..

Suami balik bawak aku kerumah tukang urut..apa lagi menangis2 lah kena urut..n tukang urut tu cakap dia tak berani nak urut lebih2 sebab katanya mungkin retak tulang ni..

Malam tu aku tak boleh tidur berdenyut2 tuhan sahaja yang tahu..sakit oiii..keesokkan harinya barulah aku pergi hospital dengan tangan yang membekak nak tengok bengkak cam ner..hehehe cam ni ler
Dan sampai sekarang tangan aku ni dah tak dapat nak lurus sangat dah pun..bengkok sikit..hukhukhuk cacat lah sikit..oooo tidak bukan cacat, tak betul jer sikit..hehehe..itu lah pengalaman yang menyedihkan jugak lah..

Dalam sedih2 tu ada jugak yang lucu..sebab terlalu boring duk rumah aku tak sambung pun MC, aku datang ke pejabat dengan memandu guna sebelah tangan jerk..nasib baik hubby hadiah kereta kat aku yang jenis Auto..fuhhh lega lah jugak..dengan tangan beranduh maintain jer aku pi kerja hahhaha..saper boleh buat macam aku buat..suami aku geleng kepala..apo nak dikato hahhahaha..Lagi satu kisah lucu tentang jatuh ni..aku dapat rasakan yang aku ni jatuh ala-ala model jer..slow motion gitu..kalau jatuh kuat sahih2 lah aku akan cacat selamanyer..nasib nasib..

Moral of the story... kalau dekat2 nak maghrib tolonglah jgn keluar.. nak keluar biarlah lepas maghrib.. kata org2 tua waktu tu syaitan iblis tengah kalut nak lari tu..agaknyer tu yang terlanggar aku, aku pun brek terus tumbang hahhaha..

Monday blues..

Mood kerja yang tak berapa nak ada mood..urghhh..kalau dapat sambung cuti alangkah bagusnya..sabar2 nanti nak cuti lagi..simpan sikit baki cuti yang ada..hehheehehe Sebenarnya kalau org bercerita tentang Monday Blues ni..aku harammm tak tahu aper ke benda tu..bagi aku Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday or Sunday tak de apa2 pun..biasa jer..kalau time kerja kerja jer lah..kalau malas cuti lah..hahhaha..pendapat korang cam ner pulak..???? ce komen ce komen..

Kerja tu kan ibadat..kerja tu kan amanah..teringat pulak kat hubby aku yang ada anak buah yang mudah sgt cuti emergency..mudah jer hantar mesej bagitahu sekian2 esok tak kerja..apa erk dia org pikir..may be ni lah kerja ngan gomen..kadang2 aku pulak yang hangin bila baca mesej hubby aku dapat dari anak buah dia.'Jen esok saya cuti, ada kat kg lagi ni' ' Jen esok saya cuti rasa nak demam ni' Jen esok saya cuti..kaki sakit' alahai mudahnyer....

Sebenarnya kan..pokok pangkal atas kita lah..kalau seronok bekerja tak de sebab mudah2 jer nak cuti, kalau kita cuti kerja mesti extand kan..bila masuk semula kerja mesti mood jadi tak tentu arah..banyak kerja menanti..but kalau masuk kerja mmg tak der kerja ok lah jugak kan..hehheehe..boleh lah cuti2 selalu..

Bercakap pulak tentang kerja ni kan..adalah aku nak story kisah hubby aku ni..Ya Ampun kerja n kerja jer yang dia tahu..payah sgt nak suruh dia cuti..demam2 pun dia still nak kerja jugak..kadang2 aku pulak naik pelik..bimbang jugak lah kan..nanti kang aku ni ingat dia mmg pergi kerja, rupa2nya harammm demam kat umah lain lah pulak..Ya Allah minta dijauhkan..hehehehe..Hadoiii..

Sekarang ni aku mmg seronok bekerja, kawan2 pun semua baik2..suasana kerja pun selesa..alah biasalah kan aku kalau tak kerja apa lah aku nak buat duk kat umah..bosannyer buat benda yang sama dari pagi sampai malam dan ulang benda yang sama jer sepanjang hari..anak2 dah besar, nak bercuti biarlah cuti yang ada sebab, tak cuti suka2 okey..

Dah lah penat pulak cerita tentang kerja dan cuti ni..sapa2 yang tergolong dalam golongan yang dipanggil pekerja..Ingat2lah yer..BEKERJA ITU IBADAT..kalau dah ibadat berdosa tau kalau kita tak laksanakan..RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL...hehhehe Byeeee..
aku kat office..hahhaha sempat jer melayan apa2 yang aku suka..sebab tu aku suka kerja...

cerita hari ni

wahhh..seronok tadi pergi kenduri kawin adik rakan..jumpa kawan2 FB n kawan sekolah..makin sihat mak buyung..dah 8 bulan katanya..terasa kecik jer..bila tengok perut mak buyung..Ya Allah besarnya Anugerah Tuhan..besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu..Terima kasih Ya Allah kerana aku juga diberi kesempatan dan kenikmatan menjadi seorang ibu..diberi peluang merasai nikmatnya mengandung..diberi kenikmatan ketika melihat kebesaran mu ketika melahirkan seorang zuriat..

Bercerita tentang nikmat mengandung dan melahirkan..hanya orang2 yang terpilih sebenarnya diberikan Allah untuk melalui detik2 begitu..ada orang kawin berpuluh tahun namun tidak menikmati seronoknya mengandung dan melahirkan..maka kita yang diberikan kenikmatan tersebut..Syukur Alhamdulillah Ya Allah..

Tadi petang adik datang kat umah mak..dapatlah bermain-main ngan budak kecik si Khairun Nasyiffah..dah 5 bulan dia..pandainyer dia..tersengih2 bila diagah..adoiiii geramnyer nak gomol2 dia..sampai menangis..hehhehehe..geram sangat..sambil2 tu sempatlah tolong mak kemaskan /susun pinggan mangkuk mak dalam almari baru dia..mengikut kreativiti aku..hehhehe..seronok mak suka sangat..yer lah idea orang muda lah katakan..kihkihkih..bangga sekejap..

riuh rendah sekejap umah mak..bila semua dah balik kerumah masing2 tinggallah mak sorang2..bila mengenangkan cam tu..apa nak dikata, mak tak suka duk umah anak2..dia suka tinggal sorang2 kat umah dia sambil beramal ibadat..mendoakan semoga mak sihat sejahtera..bila hujung minggu tugas aku memasak untuk mak..hanya itu yang mampu aku lakukan..

Malam ni alahai tak seronoklah..hubby kerja sampai 12 malam..kalau hubby ada bolehlah aku manja2 ngan dia..ni ermmm layan blog n fb jer lah..nasib baik ada 2 orang budak poyo kat umah ni..Kak Ngah n Adik..tak lah sunyi sangat..

ini lah KHAIRUN NASYIFFAH

sekarang umurnya dah 5 bulan..sorry tak de gambar baru..nnt kalau ada..kita story lagi tentang budak tomey2 ni yer..jgn lupa follow..

Jom tengok gambar terbaru Khairun Nasyiffah yang cute, tomey2 dahi jendol heheheh..mak teh kutuk kaw2 si Syiffah..umi ngan abah dia tak de blog so..leh lah mak teh kutuk lebih2 sikit..apa2 pun syiffah memang comey lahhh anak sedara mak teh kan hehehe...
Tarraaaaaa Khairun Nasyiffah here..Olohhhh Umi pun interprim...boleh lahhhh..

Saturday 4 June 2011

My day..

Pagi tadi sempat pergi joging ngan jiran sebelah umah, merangkap kawan baik..hehehehe..hari ni lewat sikit sebab hubby ada pertandingan menembak..so kena tunggu hubby keluar, aku pun followlah pi joging..berpeluh jugaklah..adoii penat sikit..sambail joging sambil berbual2 dengan teman, terkeluarlah jom pas joging kita pi pasar tani nak?..apa lagi pucuk dicita ulam mendatang ler..jam2 tu jugak terigin nak makan bubur lambuk, lama betul tak masak bubur lambuk..

sampai pasar tani cari bahan, balik terus masuk dapur..masak bubur lambuk pun bermula..tak sabar nak makan..kul 11.15 dah pun siap bubur lambuk ku..mak aiii sedapnyer..Puas hati makan yang buat sendiri..rezeki yang ada eloklah dikongsi2..hantar sikit kat umah teman joging ku, dan untuk mak jugak..sedapnyer..

T.hari nanti ada jemputan perkahwinan yang nak dihadiri..ermmm makan lagi..nak kontrol cam maner erk..tekak ni sedap jer nak makan..cubalah nnt nak makan jamah2 jer..hehheehh boleh ker??? (kuatkan semangat okey)..

Petang ni hubby kerja sampai kul12 malam..alamakkk tak dapat lah nak keluar jalan2..aku ni kalau hari cuti paling malas nak drive..suka kalau dapat duk sebelah jer..dengan jalan jem nyer..ahhh lebih baik duduk umah..tambah2kan taik mata..hahhahha..

Kalau adik2 ada balik umah mak bolehlah lepak2 kat umah mak..tapi entahlahhh balik ker dia orang tu..nak call adiklah ajak lepak2 kat umah mak..

Hati ni pulak..dah berapa hari terpikir nak masak kek jer..rajin ke tak hari ni..ermmm tgoklah cam ner..kalau rajin masak kek pulak petang ni..kalau rajin lahhh tak janji..hehehe
nilah jiran ku merangkap teman joging..teman gosip2 jugak..kihkihkih..
Ni lah jejaka idaman hati ku..suami tersayang..hensom tak..hehheheheh

mee basah :)

BAHAN2 UTAMA
1 Paket mee kuning - basuh n tos kan
1 keping dada ayam - dipotong kecik2
1 keping fish cake - pun potong jugak
1 pkt fish ball - nak potong boleh tak potong pun tak aper
Udang segar atau sotong - ikut suka n ikut budget
1/2 btg lobak merah - dipotong panjang2
sedikit bunga kobis - kerat2 lah jugak
2 pokok sawi - pun potong jugak yer jgn masuk sepokok sepokok pulak...hahaha
1 biji tomato - kerat, potong apa2 jer lah..but tak mau hancurkan yer
sedikit daun bawang - buat lawa jer
telor - ikut berapa org nak makan sorang sebiji..
kicap mee
sos tomato
sos tiram
sedikit cuka
2 sudu tepung jagung - dibancuh dengan air
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 ulas bwang putih
beberapa biji lada kecik - ikutlah kalau nak pedas letak lah lebih

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga sedikit garing, masukan ayam dan masak lagi, kemudian masukan kicap mee, sos tomato, cuka dan sos tiram, masukan air untuk mendapatkan kuahnya. masaklah hingga mendidih kemudian baru masukan bahan2 yang lain seperti Udang, sotong, fish ball, fish cake dan sayur- sayuran. masukan sedikit garam, gula..biarkan mendidih seketika baru masukan sawi diikuti dengan bancuhan tepung jagung..masak lagi..bila dah nampak agak pekat masukan telor sebiji sebiji jgan dikacau supaya telor tak pecah..bila telor dah agak mengeras baru lah dikacau dan masukan mee, kacau sekejap masukan tomato dan daun bawang serta hirisan lada besar, tutup api..SIAP

sup kepala ikan merah

Bahan-bahannya
kepala ikan merah yang dipotong2 - kalau nak buat seketul tanpa potong pun boleh
bahan dikisar halus
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu lada hitam
bahan2 untuk menumis
minyak
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
bahan2 lain
1 biji bawang besar - dipotong bulat
beberapa biji lada kecil - dimayang
1 cawan perahan air asam jawa - boleh juga digantikan dgn perahan air asam limau
1 biji tomato - dipotong baji
daun sup dan daun bawang - dipotong2
1 bungkus sup bunjut
garam, gula dan serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis seketika, kemudian masukan bahan kisar, goreng hingga sedikit garing.
2. setelah garing, masukan air - sukatan air ikut sukalah untuk mendapatkan kuah. setelah itu masukan sup bunjut.
3. masukan kepala ikan merah yang telah siap dicuci, diikuti dengan perahan air asam jawa, didihkan seketika. (jika gunakan perahan air asam limau, jgn dimasukan ketika ini, perahan asam limau hanya boleh diletak last sekali)
4. masukan garam, gula dan serbuk perasa..masaklah untuk seketika lagi, bila sudah elok masaknya, baru masukan hirisan bawang, dan cili padi..diikuti dengan potongan tomato.
5. tutup api dan campakan hirisan daun sup dan daun bawang
SEDIA UNTUK DINIKMATI..

* SUP IKAN INI RASANYA MASAM2 SEDIKIT KERANA UNTUK MENEUTRALKAN RASA HANYIR IKAN.

masak lomak cili api ayam dgn rebung..

Bahan2 utama
1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka
2 bungkus rebung - beli kat pasar tani
1 kilo santan
Cili Padi - ikut tahap kepedasan yang diingini
2 inci kunyit hidup
3 batang serai - diketuk2
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit - disiat2 jer
garam, serbuk perasa n sedikit gula (jika suka)

CARA MEMBUATNYA
Kisar Cili padi ngan kunyit hidup sampai hancur, masukan dalam periuk, masukan serai yang diketuk, juga masukan ayam..didihkan sebentar, masukan garam dan asam gelugor, masak hingga ayam kecut baru masukan rebung dan santan, masaklah hingga sedang elok pekat kuahnya, rasa masam masinnya..hampir nak tutup api baru masukan daun kunyit yang disiat2, didihkan seketika tutup api, sedia untuk dihidangkan.

ketupat sotong :)

Bahan-bahannya
Sotong - dicuci dibuang kulit sampai putih (kepala diasingkan buang matanya jugak)
Beras pulut- agaklah sendiri sebab nak sumbat dalam sotong tu cuma separuh dr sotong jer..sikit sangat
Santan pekat dan santan cair
Garam
Gula
2 ulas bawang merah dimayang halus
1 inci halia juga dimayang halus
1 sudu kecil halba
Lidi

CARA MEMBUATNYA
Beras pulut dicuci dan direndam dengan sedikit santan yg dicampur dengan sedikit garam lebih kurang 30 minit
Ambil sotong yang telah dicuci bersih masukan beras pulut yang direndam tadi kedalam sotong hanya separuh badan sahaja, kemudian ambek kepala sotong lekatkan dengan lidi supaya beras pulut tidak terkeluar dr badan sotong.
setelah selesai semuanya..aturkan dalam periuk dan masukan santan cair dahulu masak lah dengan api perlahan.kita akan nampak sotong mengembang menandakan pulut sedang kembang..kemudian masukan bawang dan halia yg dimayang halus serta halba..masak lagi..bila sudah yakin pulut dah masak dalam sotong masukan santan pekat, garam dan gula..rasalah mengikut selera masing2..jgn biarkan santan pecah minyak..mendidih sekejap jer..tutup api..sedia untuk dihidangkan..
Peringatan : Jgn gunakan api yg besar yer..masak ala2 manja sahaja yg penting pulut tu masak dalam perut sotong..
Garam pun tak mau taruk byk sgt..masin tak sedap..dia hanya sekadar lemak2 manis sahaja.

SELAMAT MENCUBA..

kari ikan sardin :)

org bujang bole laa cuber..


 Bahan2nya
1 tin sedang ikan sardin / makeral
1 labu bawang besar dipotong baji / bulat2 pun boleh
5 ulas bawang putih - dimayang2
2 inci halia- dimayang jugak
beberapa biji cili padi diketuk2
2 sudu besar serbuk kari ikan - apa2 jenama lah
sedikit air asam jawa
garam. dan serbuk perasa
Tomato dan ubi kentang dipotong ikut suka
Minyak untuk menumis
sedikit daun kari- kalau tak ada tak payah isi
CARA MEMBUATNYA
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia diikuti dgn campakkan daun kari serta lada kecik yg diketuk2 tadi..goreng sehingga bawang layu, kemudian masukan serbuk kari..masukan sedikit air setelah agak garing masukkan sardin sekali dengan sosnya..masukan ubi kentang dan masukan air..masak hingga ubi kentang empuk baru lah dimasukan air asam jawa dan garam serta serbuk perasa..masaklah sekejap lagi..bila sudah agak pekat tutup api, campakan tomato yang dipotong..Siap..

* Kari Sardin tidak memerlukan santan..

mee kari :)

 BAHAN-BAHAN UTAMA
1/2 Ekor Ayam - Dipotong kecik2
5 sudu besar rempah kari daging BABAS
3 batang serai dititik
Beberapa helai daun kari
Sedikit Rempah empat sekawan (Kulit kayu manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga dan Cengkih)
1 biji kelapa - diperah santan dalam anggaran 4 mangkuk...cair2 pun tak per
Minyak untuk menumis
Bahan2 dikisar halus
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
3 batang serai
10 biji lada kering
10 biji buah keras
BAHAN2 SAMPINGAN
MEE KUNING - CELUR SEKETIKA
TAUGE
ISI KERANG
FISH BALL
FISH CAKE
TELOR REBUS
TAUHU GORENG
DAUN SUP DAN DAUN BAWANG - DI MAYANG2
CARA MEMBUAT KUAH
Panaskan minyak..tumiskan bahan empat sekawan diikuti dengan serai yang diketuk dan daun kari, masukan bahan kisar..goreng sedikit garing..setelah garing masukan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air..masak lagi sekejap, baru dimasukan ayam yang telah siap dicuci bersih..masukan air..tutup periuk sekejap sehingga ayam mendidih..masukan garam dan sekeping asam gelugor...masak lagi dan diikuti dengan santan, jika namapak terlalu pekat masukan air..kuah ni tak memerlukan santan yg banyak..nanti cepat muak bila makan..lemak yang kita perolehi dari santan dan buah keras..
masakanlah hingga semuanya elok, masukan sedikit gula dan bahan perasa...dan masukan tauhu goreng yang dipotong dua dan boleh lah tutup api.
CARA MENGHIDANGKANYA
sediakan mangkuk..masukan mee, Tuang kuah kari, kemudian masukan fish ball dabn fish cake yg telah dicelur dan dipotong ikut suka, masukan juga telor rebus, isi kerang, taugeh dan tabur dengan daun sup & daun bawang..sedia untuk dimakan..
* Untuk mendapatkan sedikit lagi rasa pedas bolehlah jugak ditambah dengan sambal tumis kosong - jika suka.

sweet pumpkin :)

Bahan2nya
1 biji labu kuning (pumpkin) dibuang kulit dan biji dan potong besar2 - rendam dengan air kapur selama 1 jam
Gula anggaran 1/2 kilo atau kurang sikit bagi yang tak suka manis
1 cawan pati santan

CARA MEMBUATNYA
Labu dibasuh hilangakan bau kapur, Susun labu dalam periuk, masukan pati santan dan gula, tutup periuk dan masaklah dengan api perlahan sehingga labu empuk dan gula dan santan bersatu, masak sampai hampir kering boleh lah tutup api, masukan dlm bekas letak dalam peti sejuk..makan ketika sejuk..wah sedapnyer...cubalah yer..mudah jer..bagi yang ada kencing manis jgn amal selalu tinggi kadar gula wei...hahahhaa

spagetthi :)

 Bahan2nya
1 paket speggetti (apa2 jenama pun tak per janji ada tanda HALAL)
(direbus sehingga kembang..ikut atas kesukaan masing2 nak setakat mana kembangnyer yer)
BAHAN KUAHNYA
1 botol sos speggetti tradisional (Pun tak kira jenama apa - yg penting HALAL)
2 labu bawang besar holland - dipotong dadu
10 ulas bawang putih - dicincang halus
1 tin cendawan butang - dipotong2
Isi ayam atau daging kisar - ikut suka lah nak letak yang mana. banyaknyer pun terpulanglah..no hal
1 biji lada capsicum hijau - di potong dadu jugak
3 biji buah tomato- di potong dadu
1 tin kecil tomato puri
sedikit herba campuran - kalau ada tak ada pun tak payah letak.
sedikit daun parsli
Parutan Mozarella chesse - itu kalau ada letaklah..tak de tak payah.
Minyak zaitun atau minyak biasa dan 2 sudu butter
sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMBUATNYA
PANASKAN MINYAK DAN BUTTER..tumiskan bawang putih cincang hingga ke kuningan, masukan bawang besar yang dipotong dadu dan goreng hingga layu, masukan buah tomato, layukan jugak..diikuti dengan isi ayam atau daging cincang, masak hingga sedikit kering..kemudian masukan tomato puri dan sos speggetti, gaul rata, masukan garam dan herba campuran..didihkan sebentar..jika terlalu pekat masukan sedikit air..kemudian masukan cendawan butang rasa manis dan garamnyer sebelum tutup api masukan lada capsicum hijau yang diptong dadu dan tutp api, renjiskan sedikit lada hitam..taburkan daun parsli... SIAP
Cara menghidang
PUTAR2KAN SEPEGGETI LETAK DALAM PINGGAN TUANGKAN SOS YANG TELAH DIMASAK DAN TABURKAN PARUTAN MOZZARELLA CHESSE..YUMMMY ...

asam pedas :)

Bahan2nya
ikan pari anggaran 1/2 kilo
Bahan dikisar halus
Lada kering - ikut sukalah nak pedas letak banyak
Bawang merah 5 ulas - jgn byk2 bawang mahal
3 ulas bawang putih
11/2 sudu lada hitam
1/2 sudu ketumbar biji
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
sedikit belacan
semua ni dikisar halus.
Bahan lain yang diperlukan
sedikit bendi
daun kesum
1 biji tomato dipotong empat
2 batang serai- diketuk
1 cawan air asam jawa
garam, gula n serbuk perasa
Minyak jgn lupa nanti tak leh nak tumis pulak

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak, tumiskan serai yang diketuk diikuti dengan bahan2 yang telah dikisar, masak hingga semua bahan kisar sedikit garing, masukan sedikit air dan masak lagi, kemudian masukan ikan pari dengan perahan air asam jawa, tambah air untuk mendapatkan kuah, pekat atau cair terpulang pada kehendak masing2..setelah mendidih masukan garam, gula dan serbuk perasa, diikuti dgn kacang bendi, daun kesum, biarkan seketika sehingga mendidih dan tutup api baru masukan tomato yang dipotong 4 tadi..tarraaaa sdia untuk dinikmati...ringkas tapi sedap..

resipi :)

My Recipe Kek Batik

by Khartini Mohd Nor on Monday, February 21, 2011 at 1:35pm
Bahan2nya
3 paket biskut marie (Bukan biskut Nancy) apa2 jenama (anggaran sekilo) perasa original, kopi dan coklat - kalau suka lah
1 tin 550gm susu pekat manis
1 buku butter
1 cawan serbuk koko - pun apa2 jenama janji dapat 1 cawan
400gm milo (bersamaan 1 paket)
200gm horlicks (pun satu peket)
1 cawan gula kasar _gula buat air tu..
1 cawan air panas
6 biji telor - kasi hentam sama dia sampai kembang...hehehe

CARA MEMBUATNYA
Sediakan kuali atas dapur, masukan air panas diikuti dgn milo, serbuk koko, horlicks, butter, susu pekat, dan gula, gaul rata2, pasang api dan kacau hingga semuanya mencair, kemudian baru masukan telor yang telah dipukul kembang, kacau lagi sampai pekat, setelah pekat tutup api dan baru masukan biskut yang telah dipatah patahkan dan digaul rata, masukan adunan tadi kedalam loyang dan tekan hingga padat, setelah itu masukan kedalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6-8 jam barulah dikeluarkan dan bolehlah dipotong mengikut kreativiti masing2..bolehlah dingap dengan rakusnya..hahhahaha.

.selamat mencuba, dan jgn lupa pengeras bagi resepi ini adalah penginapan 3 hari 2 malam di hotel zenith untuk tok guru beserta sarapan kek batik yang dibuat oleh anak murid...kihkihkih..
taraaaa..siap sudah kek batik saya

Anak mama sayang Amy Nur Zarra Iman


Amy Nur Zarra Iman..sayang sangat kat budak sorang ni..manja, keletah..jarang2 dapat jumpa, kalau dah jumpa mesti gomol2 dia, cium dia puas2..kasih sayang ni tertumpah untuk anak bertuah ni..Terimaksih tak terhingga buat sahabat, merangkap adik angkat yang dikasihi Amy Salwani Amit yang memberi kebenaran untuk menjadikan budak yang comeyyy siott ni sebagai anak angkat..walaupun tak tingal bersama..sentiasa bertanya kabar dia..suka lah kat dia, dah lah comey..manja pulak tu..

sekarang ni zarra dah kenal orang, walau bagaimana pun bila ambek dia, dia tetap memanjakan diri dia..melentok di bahu..dipeluk2 dia tersenyummm..

zarra mama rindu zarra..janji nak ambek hari ni nak main2 ngan dia..tak de rezeki..ibu dia bawak pergi holiday pulak..adoiii begini lah nasib menumpang kasih anak orang..hehheeheheh..miss u always Amy Nur Zarra Iman..miss u....

Permata hati, pengarang jantung kami..


Anak-anak adalah permata yang perlu dijaga, digilap agar terus bercahaya..Alhamdulillah aku dikurniakan Allah SWT dengan 3 orang cahayamata..kasih sayang kami tertumpah untuk mereka..didik, dibelai, dimanja dengan penuh kasih sayang..Selepas solat aku tak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan anak2 kami..Doa seorang ibu adalah doa yang paling terbaik..sentiasa mendoakan agar anak2 kami menjadi anak yang berjasa kepada Bangsa Agama Dan Negaranya..dan menjadi anak2 yang cemerlang dalam akedemiknya, menjadi anak yang mengenang budi

Kata orang perkahwinan itu adalah sebuah perjudian..dan aku amat bersetuju..didalam perkahwinan perjudian menentukan kebahagian, bahagia dan derita sebuah perkahwinan..diberikan zuriat, kita perjudikan kasihsayang dan masa depan..siapa kita jika anugerah Allah tidak kita jaga dan kita gilap agar terus bercahaya, cahaya yang sentiasa memberi sinar kepda kehidupan kita..kepada masa depan yang diselubungi rasa kasih dan sayang antara kita..

Anak2 mama..doa yang tak pernah lekang di mulut dan hati mama, semoga kalian dirahmati Allah didunia dan diakhirat, diberikan kesihatan yang baik..dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segalanyer..diizinkan Allah mama nak melihat kamu semua membesar dan menjadi insan2 yang dihormati, insan2 yang berjasa serta menjadi insan2 soleh dan solehah..Amin..

Friday 3 June 2011

kek batik


bila tgok kek batik ni..mesti teringat kat anak2 and kekawan yang suka sgt bila aku buat kek batik..dah macam jadi trade mark pulak..ingat mama, ingat kek batik..hehehehe..sebenarnya nak buat kek batik ni bukannyer payah pun just campak2 jer bahan dalam kuali, godak2 gaul2 siap, masuk peti bila dah keras baru potong..siap lah..Mungkin ada yang cakap..saya kalau buat sedap, tak sama ngan dia org beli or yg buat sendiri..hehehehe..dan saya selalu cakap sedaplah sebab pree..sebenarnya..saya kalau masak apa2 mesti mulakan dengan bismillah dan selawat..masak dengan penuh rasa kasih sayang, ikhlas nak jamu anak2 dan kawan2 makan hasil air tangan saya..tak semua yg saya masak tu sedap..ada jugak kadang2 tu terlebih garam, terlebih gula..maklumlah semua tu menjadikan kita semakin matang dan mengakui kita juga tersilap kan...so sebenarnya nak bagitahu kalau kita buat apa2 tanamkan dulu dalam hati, keihklasan untuk memberi yang terbaik untuk anak2 dan kawan2 serta semestinya yang kita masak itu datangnya dari sumber yang halal..moral of the story..hehhehe masak sendiri itu lebih sedap dr yang beli..dan yang free itu berganda2 sedapnyer..hahhahah..daaaaaa sayang kamooo semua..mmmmuuuuuuaahhhhh..<3

jom kongsi ngan saya mrsmama

salam..sila2lah jengok blog mrsmama , baru nak cuba2..boleh kongsi sama2 apa sahaja..terbit dari hati dan jiwa ikhlas menghayatinya..