Friday 7 September 2012

Cuti kami dihari raya..Cameron Highlands lagi

25 Ogos 2012 bersamaan 7 syawal 1433 seawal 7.00 pagi kami dah bergerak menuju ke destinasi percutian ke Cameron Highlands (walaupun sebenarnya nak hantar si kakak balik Ipoh keesokkan harinyer) hehhehe..

Cuti ni tak dirancang sebenarnya, memandangkan sepanjang syawal aku teramat letih melayan tetamu hingga tak der masa nak menziarahi sanak saudara, but sanak saudara yg datang menziarahi kami..terima kasih bebanyak sahabat handai rakan taulan yg sudi mengunjungi teratak buruk kami :)

Maka en suami mencadangkan kami bercuti..yahooo apa lagi suka sangatlah anak2 ngan mak anak sekali..walaupun dah 2 kali ketempat yang sama tapi memandangkan pergi kali pertama si angah tak dapat ikut sebab masih bergelumang dengan exam SPM tahun lepas, so pergi kali ke 2 ni ala2 bawak angah lah memenuhi tuntutan..hehhehe

dan Alhamdulillah walaupun perjalanan kami ada sedikit terganggu bila tetiba bonet depan kereta terbukak dan sekali lagi Alhamdulillah kami tidak lah menghadapi kemalangan..nasib baik drebar kesayangan tu cekap dan cool..fuhhhh pucat muka masing2.. dannnnnnnnnn hahhahaha melayang lah jugak RM300.00 atas gangguan tersebut..(redho jer lah)

kami sampai kedestinasi sekitar jam 2.30 petang..urmmmm CH dah tak sejuk pun..tak payah pakai baju sejuk pun mmg tak rasa pun kesejukkannyer..

kalau dah kata CH apalagi Strawberry lah..hehhe

Ladang tea..tempat wajib kena lawat..kalau tak nnt org tak caya kata gi CH kihkihkih

next
hahhahah yg ni pun wajib Xplore jugak..
yang ni pun..tak der yg ni..macam tak kena lah kan..hambeklahhhhh...

pun sama jugak..tak melawat tempat ni rasa macam tak lengkap kot..macam yg ni jugakkkk next



merasai sendiri memetik strawberry..perghhhh saper yg tak buat aktiviti ni mmg rugilah kan macam tak lengkap..macam ambek gambo kat sini jugak next

hikhikhik..malas lah nak komen byk2..penat daki ladang tea..semata2 nak ambek gambau..hahhahaah





Warna Warni Hidup..kebetulan atau????

Teringatlah pulak sejak bila entah setiap kali raya mesti nak pakai baju sedondon anak beranak, sampai sakit2lah kepala duk mikir tahun ni nak pakai baju warna apa, tema apa..hahhahha..lawak sungguh..macam tahun ni mak aiii raya kami semua biru..dari baju, sampai ke langsir hingga lah ke karpet, sarung kusyen pun semua biru..mmg gilerr biru tahun ni.. kihkihkih..tahun depan entah apa pulak warna/tema sesak nafas hehhehe

 
Raya tahun 2008 Purple semuanya..
 
Tahun 2009 Maroon sebenarnya tahun ni kalau dipikir2 semula hubby tak xcited pun nak bergambar family..yg ada gambar rela paksa ni jer..ahhhhhhhhh malas nak ingat2 lah mahu rasanya meraung bila dikenang2..TAMAT lah kisah 2009
 
Tahun 2010 Grey/Kelabu sekelabu hati aku masa ni..sekusam dan tak seceria jiwa..namun digagahi jua untuk terus bergembira..tak terpikir kenapa pilih warna ni..yang pasti baju aku last minit aku beli tak ade jiwa langsung segalanyer terjawab ditahun 2010..demi 3 org tu ku gagahi jua dan rentetan 2009 segalanya bermula..TAMAT - pun kalau boleh tak mau ingat2..luka nampak sembuh tapi masih menanah didalamnyer..
 
2011 Hijau - mungkin membawa makna..sebenarnya setelah hati ni seolah2 telah hilang rasa dan jiwa, kembali menyemai agar jiwa ini seperti baru bermula..hijau sejuk mata memandang..melupai segala kenangan yang mengusik jiwa, akan ku buang jauh kenangan silam yg menghiris perasaan..benarlah kata orang KEMAAFAN itu dendam yang terindah...

 
2012..Biru seceria, seindah kasih sayang kami..Romantis lambang cinta kami sekeluarga..setenang hati ini yang kembali menerima seadanya kekurangan dan kelebihan dia, kerana aku juga tidak sesempurna mana..


Thursday 6 September 2012

Anniversary ke 22..Alhamdulillah

1 September 2012 genap 22 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama suami yang masih yang dulu, kini dan selamanya..betapa cepatnya masa berlalu, tak terasa betapa masa yang berinjak detik demi detik itu telah pun berusia 22 pada tarikh itu..

Syukur Alhamdulillah di atas anugerahNya kepada ku seorang suami yang menerima aku seadanya, dan begitu jugak aku, menerima segala kekukrangan dan kelebihan yang ada pada dirinya dengan ucapan Alhamdulillah syukur..terima kasih Ya Allah.

Mengenali si suami 24 tahun yang lalu, selama 2 tahun bercinta, di sunting menjadi suri hidupnya ketika kami masih lagi remaja dia berusia 21 tahun dan aku baru 20 tahun ketika itu..bertunang sekitar 3 bulan sahaja(gatal sgt dah waktu tu nak kawin hehehe) dan kini 22 tahun sudah kami hidup bersama, berkongsi segalanya, bantal, tilam selimut dan sebagainya..berkongsi suka duka, bersama ketawa, bersama mengalir air mata..

Rumah tangga mana yang tak pernah bergelora, rumahtangga mana yang tak pernah bergoncang, begitu jugalah dengan aku..pahit, pedih, sakit, kecewa segalanya telah pun aku rasainya..menangis meraung juga pernah..itulah warna warni kehidupan berumahtangga aku..sakit sekalipun aku kena telan jugak kerana dia hanyalah insan biasa, yang tak lari dari kesilapan, dan aku perlu muhasabah diri..aku juga tak sempurna mana..TAMAT..

Seterusnya citer sambutan hari ulangtahun perkahwinan kali ke 22 ni..hehhehe pepagi lagi aku bangun dari tidur, aku lihat dia masih disisi..ucapan syukur kerna dia masih lagi bersama aku..kuberikan kucupan didahi dan pipinya..dibalas jua oleh dia..dan dia mengucapkan selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Happy Anniversary..usha itu kasih sayang kami semakin padu rasanya..solat subuh aku panjatkan doa yang panjang semoga Allah meRahmati Perkahwinan Kami, merahmati rumahtangga kami, Limpahi hidup kami dengan kasih sayang yang berpanjangan kami suami isteri, saling sayang menyayangi, dipanjangkan jodoh kami hingga ke ahkir hayat, di dunia dan dipertemukan lagi di ahkirat nanti..Aminn

hehheheehe seikhlas hati senyum lebar en Othman Yasin..Red Velvet lagi..Alhamdulillah..


 detik 1 september 1990 - 22tahun telah berlalu..comel jer kan..
SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN INI KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AHKIR HAYAT, MENCINTAI DIRI MU SEIKHLAS HATI KU, MANTIE'S

Monday 27 August 2012

Selamat Hari Raya

1 syawal : jam 3.00 pagi dah bangun..uwaaaaaaaaaa dah lah masuk tidow dekat2 kul 2 pagi..tapi nak wat cam mana saper suruh sanggup ambek tempahan makan pagi raya..hukhukhukhuk..sepagi2nya haku dah mula kerja..mengukus nasi dagang tempahan dari jiran ..t.kasih kak kiah n ani..ting tang ting tang pepagi ..ahkirnya 6.00 pagi siap..2 gantang nasi dagang..dengan lauk gulai ikan tongkol, and acar mentah..perghhhh penatttt..

kejutkan bapak budak n anak2 untuk bangun mandi sunat aidil fitri dan solat subuh seterusnya solat sunat aidil fitri..aku pun sekali lah..hehhehe..pas tu siap2kan untuk juadah raya kami pulak..wahhhh hebatnya rumah cik jah raya ni kan..hahahaha menu wajib NASI MINYAK KARI KAMBING, AYAM MASAK MERAH, RENDANG DAGING, RENDANG AYAM, KETUPAT NASI KUAH KACANG, DAN KETUPAT PULUT..kau orang ader ker???? nampak macam banyak kan..tapi sebenarnya memang banyak pun..huahuahua

Raya kami tahun ni..Oceon Blue..CHELSEA..hahhahha

Thursday 16 August 2012

Raya oh raya..perghhhhh

As-Salam..Selamat Hari Raya All's..

Uishhh bila sebut pasal raya..mak aiii pening kepala memikir..semua benda nak kena siapkan..dari sekecik2 benda sampailah sebesar benda..itu nak buat, ini nak buat, itu nak ganti ini nak ganti, itu nak lap, ini nak lap jugak, itu nak tukar yang ni pun nak tukar..yang pasti penattttttt..ngeeeeeeeee

Cerita raya ni..haku mmg tak pernah balik raya rumah sesiapa, samaada rumah mertua mahu pun rumah mak bapak sendiri,....rutin sejak 22 tahun yang lalu begitulah..kami akan beraya dirumah sendiri, teringat masa baru2 kawin, masa tu baru 6 bulan kami kawin, dan kali pertama nk sambut raya, tak pernah gaduh nak balik raya kemana..kata putus tak payah balik mana2 kita raya jer umah kita..bayangkan masa tu kami menyewa kat Galing, kawasan kami tinggal tu semua org balik kg nak beraya tinggallah kami jer yg tak nak beraya umah saper2..nak raya umah kami jugak..so pagi raya aku pun buatlah ketupat dengan rendang n kuah kacang jer..lepas subuh..aku siap2 kan mana yg patut..sebelum hubby gi masjid utk sembahyang raya..kami pun jamahlah makanan yg aku masak..urmmmm kami berdua jer..sunyi sepi..lepas hubby balik sembahyang raya..kami pun bermaaf maafan..aku pun letaklah juadah dalam mangkuk tingkat..barulah berangkat ke rumah mak mertua...sampailah sekarang rutin yg sama 22 tahun..

Raya tahun ni dan tahun2 sebelumnya kami banyak berbelanja hanya untuk rumah dan anak2 jer..mak bapak sederhana sudahlah..janji puasa dan berhari raya tanpa berlebih2 atau pun bermegah2..ikut kemampuan..kan kan kan...:D

Budget raya kami tahun ni...:_


Untuk si Bongsu Muhammad Amir Iqbal
Baju Melayu sepasang - RM170.00
Kasut - RM69.90
Seluar Jeans 3 helai - RM200.00
T.shirt 4 helai - RM 200.00

Total : RM639.90
Marni Zulaikha Binti Othman 
Baju Kebaya : RM170.00
Baju Kurung 2 pasang : 200.00
Seluar Jeans : RM70.00
T.Shirt 2 helai : 100.00
Kasut : RM0.00 (Tak tahu lah dia beli ke tidak..hehehe)
TOTAL : RM540.00 (sebenarnya lebih lagi...)

MARNI HANI IZZATI 
Kebaya :RM 170-180.00
Baju kurung 2 pasang : RM200.00
Jeans & T.shirt : 170.00
Kasut : RM29.90 (wahahahahaha itu yg dia pilih..alhamdulillah..tak kopak duit mama...
Total :579.90
En Somi..Othman bin Yasin
Baju Melayu : RM230.00
Jeans : 269.00
T.Shirt : 169.00 (haku belanja)
T.shirt : 55.00 (duit dia sendirik)
Jeans : 50.00 (duit dia sendirik jugak )
Total : RM773.00

Perghhhh gilossss bapak punya budget lebih dari anak...haishhhh tak per2 bonus dia n bonus haku combine sekali kan..sian dia kan kan kan..tahun ni lebih lah sikitttt...bravo2

Untuk rumah pulak : Langsir : beli kain 530.00 upah : 190.00 (jauhnya beza upah langsir tahun ni nak dibandingkan dengan yang tahun lepas.tahun lepas haku kena kencing upah langsir sajer RM570.00 beli kain baru 260.00..uwaaaaaaaaaa serik dah haku nak upah ngan yang dulu..
ni lah langsir tahun lepas..haku kalau dah sakit hati..langsir ni haku bagi jer kat mak aku..ambek lah..nak pandang pun haku dah tak sudi..terkecik hati kena kencing dek member sendiri..

Gitulah serba sedikit kisah raya kami..nnt ar sambung boleh tunjuk langsir baru ku..tunggu tau follower2..kihkihkih..

hahhah nampak tak langsir baru ku..perghhh gilerr cantik dia jahit dah lah upah murah TERIMA KASIH KAK MIE..tahun depan upah lagi tau...

TAMAT SUDAH..

Monday 13 August 2012

meh sini nak kabo..

sebenarnya nak kabo..wehuuuuuu dapat bonus 2 bulan gaji..alhamdulillah aminnn..rezeki dariNya yang disangka2..Boss pun pandai sungguh wat lawak..mula2 bagi tunggakan kenaikan gaji tahunan alhamdulillah dia bayar dari bulan januari sampai jun..hahhhh kau banyak tu..

terpikir pulak..aikkkk kenaikan gaji jer ker..Boss kenaikan gaji jer ker? sekali boss cakap: yer lah nak apa lagik..wahhhh dengan muka seposen haku jawab : BONUS boss..hhahahaha..Boss pulak cakap..ingat tak nak bonus..lawakk lah boss haku ni..rasa macam nak cekek2 jer..Okeylah boss cakap..ambek bonus sebulan gaji dulu..lagi sebulan tengoklah nak bayar hujung tahun ke haper ker..urmmmm okeylah boss..alhamdulillah dapatlah jugak dekat2 3k..(walau dalam hati mengharapkan boss bayar utk terus 2 bulan bonus) syukurrrr jugakk..

Nak kabo lah jugak..sekali semalam pada tanggal 13hb ogos..tetiba boss panggil..buat cek nak bagiiiii....
aaaaaaaaaaaaa aku melopong nak bagi nak buat pembayaran???? untuk saper?? Boss sengeh2..ni nak bagi duit raya untuk awak lah..n than buat lah selalu cek nak bayar bonus lagi sebulan tu..malas saya nak bayar hujung tahun..wahahhahahhahaha..melompat kami dah macam bebudak..Ya Allah syukur sgt2..alhamdulillah boss suka berganda2..syang boss lebih ar gini...Rezeki bulan puasa.. seronoknyer raya tahun ni..bolehlah aim mana yang patut, nak lekat apa lagi untuk bonus kali ke 2 ni...pikir2 nak wat apa yerk???? hehheheheh sukoooowwwww
hahaha wajah org yang gembira buleh bonusss...semangat weihhh...

Wednesday 8 August 2012

Makhluk Allah yang sekor ni

Tercabar sungguh kesabaran haku pepagi ni..urghhhhhhhhhhhh arghhhhhhhhhhhhhh rasa nak tembak2 jer, kecik2 haku tengok...ada kepatut..pepagi hari aku dengan Xcitednya duk melanding di sofa baru..sambil tangan menggosok2 sekali terasa amat kasar..apakah??????????? Uwaaaaaaaaaaaa tengok2 sofa baru ku telah dicalarkan oleh si kucing en somi...hukhukhukhuk uwaaaaaaaaaaa dan2 tu gak aku rasa nak nangis...

Kucing oiiiii sebanyak2 tempat lain kau boleh cakar kenapalah ko cakar sofa baru ku, sofa yang aku beli dengan jerih perih duit bonus ku..tak sampai nak raya kau dah rosakkan..walaupun hanya kesan cakar..tapi kan dah tak cantik..kategori rosak lah jugak kan..urmmmmm saper yang harus dipersalahkan..kucing tu mmg tak der akal..eeeeeeeeeeeeeeee bencinyaaaaaaaaaa

bertempik pepagi potpet2 ngan en somi..dan macam biasa suami ku hanya mampu senyum..haku tak kira mintak ganti jugakkkk..ganti yang baru??? cehhhh gilerrrr tak akan dilayan dan tak dibuat dek org..hadoiiiii kepala tetiba berdenyut2 sakit kepala, sakit hati, sakit segala2nya..mmg rasa nak tembak jer kucing tu..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nanges lagikkkkk..


agak2 apakah yang patut ku lakukan...??????????????????????? nak disepak terajang kucing tu..konpem2 aku masih waras..itukan kucing dia tak pi sekolah, lagi satu dah lah bulan puasa, haku tak mau pepagi lagi pahala puasa aku dah kurang hanya kerana seekor kucing..haishhhh makhluk Allah yang satu ni..memnang betul2 menguji kesabaran haku di bulan yang penuh barakah ini..Ya Allah ampuni lah hamba mu ini ya Allah...yang paling baik aku kena cari alternatif lain untuk cover kecacatan sofa baru ku dihari raya nanti..sekiannnnnnn lah nak sambung nangessss sakit hati belum reda..