Thursday 7 July 2011

BILA HATI INI TERLUKA, BILA HATI INI TERASA PEDIHNYA..

Terima kasih atas segalanyer..gelak ketawa sepanjang kita berkawan bersama..tak pernah bersua sekadar hanya di alam maya..mengenali mu membuat aku gembira..tak terniat untuk mencipta kedukaan bersama..

Terkedu dan terkejut lantaran nama mu tak tertera di skrin komputer ku..tanpa salam, tanpa ucapan selamat tinggal kau unfriend aku..apa salah, apa dosa aku..baru semalam kita chatting bersama sambil bergelak ketawa, bermain drama romantika di situ..ahhhh aku terkecil hati dengan mu..aku tak paham akan sikap mu..dan untuk aku kembali request mu..tak mungkin bagi ku..kekecewaan aku terasa amat tidak perlu dinyatakan dengan kata2 sekadar biarlah aku nyatakan..Terima kasih sahabat kerana kita pernah kenal walaupun hanya seketika cuma..

Kenapa dan mengapa hanya kau yang tahu jawapannyer..aku terima andai itu adalah ketentutuan dan pilihan mu..Siapalah aku untuk menahan andai itu pilihan muktamad mu..

Cuma yang membuat kemuskilan bertamu..kenapa???? aku tersalah kata kah? aku tersilap bicara?..biarlah persoalan itu tergantung disitu dan hanya kau tahu kenapa ianya berlaku..aku tetap aku...

Luahan hati ini menyatakan bahawa aku teramat terguris dengan tindakan mu..aku redha kau dan aku hanya bertemu cuma sekadar waktu..Maafkan aku...