Wednesday 6 June 2012

Doa Buat Angah

Alhamdulillah dengan berkat doa seorang ibu, apa yang aku harapkan menjadi kenyataan..Angah anak yang kedua memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan keputusan SPM bagi tahun 2012..Syukur padaMu Ya Allah dengan keputusan 6A..betapa bangganya aku sebagai ibu..

Dengan semangatnya dia memohon untuk masuk ke Universiti2 yang dia rasa sepadan dengan keputusannya..dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia..tibalah hari keluarnya keputusan permohonan ke UPU aku yang berdebar..dan hanya mampu aku katakan padanya SABARLAH Angah buat rayuan dulu..tunggu 2nd Intake InsyaAllah ada nnt rezeki tu..

sebenarnya dia tak tahu bahawa aku jugak teramat frust..penat memikir dimana silapnya..kenapa dia tak dapat masuk..sedeynya..sian anak mama..dan ini lah kali pertama aku tengok betapa frustnya dia..menagis sampai bengkak mata..apa lagi bila dia dapat tahu ramai kawan2 dia yang keputusan setakat dapat 3A, 4A dan rendah dari dia dapat ke Universiti..aku hanya mampu bagi nasihat mintak dia bersabar, sedangkan dalam hati aku hanya tuhan yang tahu aku jugak menagis mengenangkan kenapa dia tidak diterima masuk ke Universiti..


Angah, mama yakin angah pasti akan dapat masuk ke Universiti..angah belajarlah dulu masuk form 6, kalau tak ada peluang jugak, angah ambek lah STPM, nnt apply semula yer..dimana ada kemahuan disitu ada jalan, angah jangan putus asa, angah boleh dan angah mesti boleh..

Setiap yang kita rancang tak semestinya akan berhasil, yang penting kita wajib terus berusaha untuk berjaya..yakin lah pada diri bahawa ada sinar menanti dihadapan..

Kasihsayang mama dan papa sentiasa mengiringi perjuangan angah untuk terus berjaya, Angah terbaek dan sentiasa terbaek dimata kami..kuatkan semangat..Tuntut lah Ilmu hingga ke negeri China, dan sesungguhya Ilmu itu adalah harta yang paling bernilai dalam kehidupan kita..tak kira dimana jua..
MARNI HANI IZZATI BINTI OTHMAN
mendoakan semoga hidup mu sentiasa didalam KeRahmatanNya yang berpanjangan, Berusahalah untuk mencapai cita-citamu..kegagalan hari ini bukan bererti berahkirnya kehidupan..Dihadapan menanti sinar yang terang dan bercahya, setiap kejadian ada hikmahnya..sesungguhNya Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui setiap kejadian..mungkin sekarang pelangi yang kau impikan tetapi Allah janjikan Bintang buat mu dimasa hadapan..siapa tahu perancanganNya tak terjangkau oleh kita Umatnya...

Kasihsayang kami abadi buatmu sayanggggg.....

Tayar oh Tayar

mula2 nak gelak dulu kuat2 hahhahahhahahha...memang dengan tak malunya aku nak ngaku bahawasanya aku memang tak pandai pam tayar kereta, aku hanya pandai bawak sahaja..kereta auto..senang P=Parking, D= Drive, R= Reverse..tak payah susah2 nak pikir nak tekan kelas ke haper ker.tekan minyak tekan brek sudah..huhuhuhuhu...

pagi tadi nak kuar kerja tgok2 ALAMAKKKKKK tayar kete kurang angin dan boleh dikategorikan kempisss..uwaaaaaaaaaa drive jugak..sampai kat petrol stesen ngan bangganya park dekat AIR & ANGIN..tekan2 220..srussssss bunyik..masukkan kat tempat yang tertombol untuk masukkan angin..ting ting ting..tgok2 harammmmmmmmmmm nya masuk..makin kempis adalah..hahhahhah mampuihhhhh

sila dail 019-9660797...abangggggggg tie kat petronas ni nak pam tayar..tak masuk pun..makin kempis adalah..hahhahhaha datanglah bang kat sini nak gi kerja ni tak reti nak masukkan angin dalam tayar..wahahhahhhh ko ader???? kihkihkihkih

5 minit selepas tu muncullah my hero kehkehkeh..dengan muka tak basuh maklumlah keja petang lepas suboh tidow balik..hehhehe menyelamatkan haku yang memang buta kyu part2 nak masukkan angin dalam tayar keta..kejap jer dah pun siap..hheheheh timakasih en somi..mmmuuuahhhh sekali..peace..

Berikan aku kekuatan Diri

Ya Allah Ampuni lah hamba Mu ini..yang terkadang terkhilaf dan lalai dalam mengingati sujud pada mu Ya Allah..sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang dipinjamkan olehMu hanya seketika cuma..setalah 43 tahun aku kau pinjamkan..berbangai pahit dan manis aku tempuhi setiap dugaan dalam hidup ku aku tempuhi dengan Redha..
Ya Allah Ampunilah aku...ampuni aku Ya Allah..Ampuni Aku...

Tak terucap dengan kata-kata, tak terungkap dengan suara..hidup ini sentiasa diberi dugaan..terdetik dihati ini..kenapa aku..kenapa aku..

Kau yang dahulu bukan lagi seperti yang ku kenal dulu..sehingga kini aku mencari kau yang telah hilang dalam lipatan hidup..ada seperti tiada, jika tiada jasad masih bernyawa..

Jika dulu..aku adalah ratu..akulah pelengkap hidup mu..namun kini semuanya telah hilang..aku tercari2 dirimu dulu..seperti yang aku nyatkan satu ketika dulu..sebenarnya aku telah pun kehilangan mu..

Aku mohon pada Allah dipermudahkan segalanya..andai suatu waktu aku akan kehilangan diri mu aku telah bersedia menghadapi saat itu..dan aku tak mungkin akan kembali kepada mu, dan tak mungkin kau dan aku akan bersatu..aku dah penat, aku dah letih dengan semua itu..semakin aku berusia, aku ingin tenang dan damai melayari hidup tanpa ada hal-hal yang menyakitkan hati..aku dah penat menghadapi kerenah mu, bagilah peluang agar ketenangan ku perolehi dalam diri..

Selama ini pun aku tak pernah meminta, jauh sekali kau kucurangi...cukup-cukuplah...aku sentiasa berusaha untuk mebahagiakan dirimu..namun pernahkah kau cuba untuk membahagiakan hidup aku..sudah suratan aku begini..aku terima dengan lapang dada...dan sekiranya itulah adalah takdirnya...

Benarlah kita hanya mampu merancang dah yang selebihnya hanya Allah yang menentukan..siapa kita nak menghalang qada dan qadar tuhan..ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui...Salam sayang, kasih sayang yang tertumpah untuk mu akan tetap tersemat kemas dalam sanubari hidupku..hadir mu dulu umpama pelangi cantik indah dan berseri.pergi mu ku iringi dan juraian hujan dan ribut petir yang melanda...