Friday 7 September 2012

Cuti kami dihari raya..Cameron Highlands lagi

25 Ogos 2012 bersamaan 7 syawal 1433 seawal 7.00 pagi kami dah bergerak menuju ke destinasi percutian ke Cameron Highlands (walaupun sebenarnya nak hantar si kakak balik Ipoh keesokkan harinyer) hehhehe..

Cuti ni tak dirancang sebenarnya, memandangkan sepanjang syawal aku teramat letih melayan tetamu hingga tak der masa nak menziarahi sanak saudara, but sanak saudara yg datang menziarahi kami..terima kasih bebanyak sahabat handai rakan taulan yg sudi mengunjungi teratak buruk kami :)

Maka en suami mencadangkan kami bercuti..yahooo apa lagi suka sangatlah anak2 ngan mak anak sekali..walaupun dah 2 kali ketempat yang sama tapi memandangkan pergi kali pertama si angah tak dapat ikut sebab masih bergelumang dengan exam SPM tahun lepas, so pergi kali ke 2 ni ala2 bawak angah lah memenuhi tuntutan..hehhehe

dan Alhamdulillah walaupun perjalanan kami ada sedikit terganggu bila tetiba bonet depan kereta terbukak dan sekali lagi Alhamdulillah kami tidak lah menghadapi kemalangan..nasib baik drebar kesayangan tu cekap dan cool..fuhhhh pucat muka masing2.. dannnnnnnnnn hahhahaha melayang lah jugak RM300.00 atas gangguan tersebut..(redho jer lah)

kami sampai kedestinasi sekitar jam 2.30 petang..urmmmm CH dah tak sejuk pun..tak payah pakai baju sejuk pun mmg tak rasa pun kesejukkannyer..

kalau dah kata CH apalagi Strawberry lah..hehhe

Ladang tea..tempat wajib kena lawat..kalau tak nnt org tak caya kata gi CH kihkihkih

next
hahhahah yg ni pun wajib Xplore jugak..
yang ni pun..tak der yg ni..macam tak kena lah kan..hambeklahhhhh...

pun sama jugak..tak melawat tempat ni rasa macam tak lengkap kot..macam yg ni jugakkkk next



merasai sendiri memetik strawberry..perghhhh saper yg tak buat aktiviti ni mmg rugilah kan macam tak lengkap..macam ambek gambo kat sini jugak next

hikhikhik..malas lah nak komen byk2..penat daki ladang tea..semata2 nak ambek gambau..hahhahaah





Warna Warni Hidup..kebetulan atau????

Teringatlah pulak sejak bila entah setiap kali raya mesti nak pakai baju sedondon anak beranak, sampai sakit2lah kepala duk mikir tahun ni nak pakai baju warna apa, tema apa..hahhahha..lawak sungguh..macam tahun ni mak aiii raya kami semua biru..dari baju, sampai ke langsir hingga lah ke karpet, sarung kusyen pun semua biru..mmg gilerr biru tahun ni.. kihkihkih..tahun depan entah apa pulak warna/tema sesak nafas hehhehe

 
Raya tahun 2008 Purple semuanya..
 
Tahun 2009 Maroon sebenarnya tahun ni kalau dipikir2 semula hubby tak xcited pun nak bergambar family..yg ada gambar rela paksa ni jer..ahhhhhhhhh malas nak ingat2 lah mahu rasanya meraung bila dikenang2..TAMAT lah kisah 2009
 
Tahun 2010 Grey/Kelabu sekelabu hati aku masa ni..sekusam dan tak seceria jiwa..namun digagahi jua untuk terus bergembira..tak terpikir kenapa pilih warna ni..yang pasti baju aku last minit aku beli tak ade jiwa langsung segalanyer terjawab ditahun 2010..demi 3 org tu ku gagahi jua dan rentetan 2009 segalanya bermula..TAMAT - pun kalau boleh tak mau ingat2..luka nampak sembuh tapi masih menanah didalamnyer..
 
2011 Hijau - mungkin membawa makna..sebenarnya setelah hati ni seolah2 telah hilang rasa dan jiwa, kembali menyemai agar jiwa ini seperti baru bermula..hijau sejuk mata memandang..melupai segala kenangan yang mengusik jiwa, akan ku buang jauh kenangan silam yg menghiris perasaan..benarlah kata orang KEMAAFAN itu dendam yang terindah...

 
2012..Biru seceria, seindah kasih sayang kami..Romantis lambang cinta kami sekeluarga..setenang hati ini yang kembali menerima seadanya kekurangan dan kelebihan dia, kerana aku juga tidak sesempurna mana..


Thursday 6 September 2012

Anniversary ke 22..Alhamdulillah

1 September 2012 genap 22 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama suami yang masih yang dulu, kini dan selamanya..betapa cepatnya masa berlalu, tak terasa betapa masa yang berinjak detik demi detik itu telah pun berusia 22 pada tarikh itu..

Syukur Alhamdulillah di atas anugerahNya kepada ku seorang suami yang menerima aku seadanya, dan begitu jugak aku, menerima segala kekukrangan dan kelebihan yang ada pada dirinya dengan ucapan Alhamdulillah syukur..terima kasih Ya Allah.

Mengenali si suami 24 tahun yang lalu, selama 2 tahun bercinta, di sunting menjadi suri hidupnya ketika kami masih lagi remaja dia berusia 21 tahun dan aku baru 20 tahun ketika itu..bertunang sekitar 3 bulan sahaja(gatal sgt dah waktu tu nak kawin hehehe) dan kini 22 tahun sudah kami hidup bersama, berkongsi segalanya, bantal, tilam selimut dan sebagainya..berkongsi suka duka, bersama ketawa, bersama mengalir air mata..

Rumah tangga mana yang tak pernah bergelora, rumahtangga mana yang tak pernah bergoncang, begitu jugalah dengan aku..pahit, pedih, sakit, kecewa segalanya telah pun aku rasainya..menangis meraung juga pernah..itulah warna warni kehidupan berumahtangga aku..sakit sekalipun aku kena telan jugak kerana dia hanyalah insan biasa, yang tak lari dari kesilapan, dan aku perlu muhasabah diri..aku juga tak sempurna mana..TAMAT..

Seterusnya citer sambutan hari ulangtahun perkahwinan kali ke 22 ni..hehhehe pepagi lagi aku bangun dari tidur, aku lihat dia masih disisi..ucapan syukur kerna dia masih lagi bersama aku..kuberikan kucupan didahi dan pipinya..dibalas jua oleh dia..dan dia mengucapkan selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Happy Anniversary..usha itu kasih sayang kami semakin padu rasanya..solat subuh aku panjatkan doa yang panjang semoga Allah meRahmati Perkahwinan Kami, merahmati rumahtangga kami, Limpahi hidup kami dengan kasih sayang yang berpanjangan kami suami isteri, saling sayang menyayangi, dipanjangkan jodoh kami hingga ke ahkir hayat, di dunia dan dipertemukan lagi di ahkirat nanti..Aminn

hehheheehe seikhlas hati senyum lebar en Othman Yasin..Red Velvet lagi..Alhamdulillah..


 detik 1 september 1990 - 22tahun telah berlalu..comel jer kan..
SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN INI KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AHKIR HAYAT, MENCINTAI DIRI MU SEIKHLAS HATI KU, MANTIE'S