Thursday 6 September 2012

Anniversary ke 22..Alhamdulillah

1 September 2012 genap 22 tahun melayari bahtera rumahtangga bersama suami yang masih yang dulu, kini dan selamanya..betapa cepatnya masa berlalu, tak terasa betapa masa yang berinjak detik demi detik itu telah pun berusia 22 pada tarikh itu..

Syukur Alhamdulillah di atas anugerahNya kepada ku seorang suami yang menerima aku seadanya, dan begitu jugak aku, menerima segala kekukrangan dan kelebihan yang ada pada dirinya dengan ucapan Alhamdulillah syukur..terima kasih Ya Allah.

Mengenali si suami 24 tahun yang lalu, selama 2 tahun bercinta, di sunting menjadi suri hidupnya ketika kami masih lagi remaja dia berusia 21 tahun dan aku baru 20 tahun ketika itu..bertunang sekitar 3 bulan sahaja(gatal sgt dah waktu tu nak kawin hehehe) dan kini 22 tahun sudah kami hidup bersama, berkongsi segalanya, bantal, tilam selimut dan sebagainya..berkongsi suka duka, bersama ketawa, bersama mengalir air mata..

Rumah tangga mana yang tak pernah bergelora, rumahtangga mana yang tak pernah bergoncang, begitu jugalah dengan aku..pahit, pedih, sakit, kecewa segalanya telah pun aku rasainya..menangis meraung juga pernah..itulah warna warni kehidupan berumahtangga aku..sakit sekalipun aku kena telan jugak kerana dia hanyalah insan biasa, yang tak lari dari kesilapan, dan aku perlu muhasabah diri..aku juga tak sempurna mana..TAMAT..

Seterusnya citer sambutan hari ulangtahun perkahwinan kali ke 22 ni..hehhehe pepagi lagi aku bangun dari tidur, aku lihat dia masih disisi..ucapan syukur kerna dia masih lagi bersama aku..kuberikan kucupan didahi dan pipinya..dibalas jua oleh dia..dan dia mengucapkan selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Happy Anniversary..usha itu kasih sayang kami semakin padu rasanya..solat subuh aku panjatkan doa yang panjang semoga Allah meRahmati Perkahwinan Kami, merahmati rumahtangga kami, Limpahi hidup kami dengan kasih sayang yang berpanjangan kami suami isteri, saling sayang menyayangi, dipanjangkan jodoh kami hingga ke ahkir hayat, di dunia dan dipertemukan lagi di ahkirat nanti..Aminn

hehheheehe seikhlas hati senyum lebar en Othman Yasin..Red Velvet lagi..Alhamdulillah..


 detik 1 september 1990 - 22tahun telah berlalu..comel jer kan..
SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN INI KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AHKIR HAYAT, MENCINTAI DIRI MU SEIKHLAS HATI KU, MANTIE'S

No comments:

Post a Comment