Friday 7 September 2012

Cuti kami dihari raya..Cameron Highlands lagi

25 Ogos 2012 bersamaan 7 syawal 1433 seawal 7.00 pagi kami dah bergerak menuju ke destinasi percutian ke Cameron Highlands (walaupun sebenarnya nak hantar si kakak balik Ipoh keesokkan harinyer) hehhehe..

Cuti ni tak dirancang sebenarnya, memandangkan sepanjang syawal aku teramat letih melayan tetamu hingga tak der masa nak menziarahi sanak saudara, but sanak saudara yg datang menziarahi kami..terima kasih bebanyak sahabat handai rakan taulan yg sudi mengunjungi teratak buruk kami :)

Maka en suami mencadangkan kami bercuti..yahooo apa lagi suka sangatlah anak2 ngan mak anak sekali..walaupun dah 2 kali ketempat yang sama tapi memandangkan pergi kali pertama si angah tak dapat ikut sebab masih bergelumang dengan exam SPM tahun lepas, so pergi kali ke 2 ni ala2 bawak angah lah memenuhi tuntutan..hehhehe

dan Alhamdulillah walaupun perjalanan kami ada sedikit terganggu bila tetiba bonet depan kereta terbukak dan sekali lagi Alhamdulillah kami tidak lah menghadapi kemalangan..nasib baik drebar kesayangan tu cekap dan cool..fuhhhh pucat muka masing2.. dannnnnnnnnn hahhahaha melayang lah jugak RM300.00 atas gangguan tersebut..(redho jer lah)

kami sampai kedestinasi sekitar jam 2.30 petang..urmmmm CH dah tak sejuk pun..tak payah pakai baju sejuk pun mmg tak rasa pun kesejukkannyer..

kalau dah kata CH apalagi Strawberry lah..hehhe

Ladang tea..tempat wajib kena lawat..kalau tak nnt org tak caya kata gi CH kihkihkih

next
hahhahah yg ni pun wajib Xplore jugak..
yang ni pun..tak der yg ni..macam tak kena lah kan..hambeklahhhhh...

pun sama jugak..tak melawat tempat ni rasa macam tak lengkap kot..macam yg ni jugakkkk next



merasai sendiri memetik strawberry..perghhhh saper yg tak buat aktiviti ni mmg rugilah kan macam tak lengkap..macam ambek gambo kat sini jugak next

hikhikhik..malas lah nak komen byk2..penat daki ladang tea..semata2 nak ambek gambau..hahhahaah





No comments:

Post a Comment