Wednesday 6 June 2012

Doa Buat Angah

Alhamdulillah dengan berkat doa seorang ibu, apa yang aku harapkan menjadi kenyataan..Angah anak yang kedua memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan keputusan SPM bagi tahun 2012..Syukur padaMu Ya Allah dengan keputusan 6A..betapa bangganya aku sebagai ibu..

Dengan semangatnya dia memohon untuk masuk ke Universiti2 yang dia rasa sepadan dengan keputusannya..dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia..tibalah hari keluarnya keputusan permohonan ke UPU aku yang berdebar..dan hanya mampu aku katakan padanya SABARLAH Angah buat rayuan dulu..tunggu 2nd Intake InsyaAllah ada nnt rezeki tu..

sebenarnya dia tak tahu bahawa aku jugak teramat frust..penat memikir dimana silapnya..kenapa dia tak dapat masuk..sedeynya..sian anak mama..dan ini lah kali pertama aku tengok betapa frustnya dia..menagis sampai bengkak mata..apa lagi bila dia dapat tahu ramai kawan2 dia yang keputusan setakat dapat 3A, 4A dan rendah dari dia dapat ke Universiti..aku hanya mampu bagi nasihat mintak dia bersabar, sedangkan dalam hati aku hanya tuhan yang tahu aku jugak menagis mengenangkan kenapa dia tidak diterima masuk ke Universiti..


Angah, mama yakin angah pasti akan dapat masuk ke Universiti..angah belajarlah dulu masuk form 6, kalau tak ada peluang jugak, angah ambek lah STPM, nnt apply semula yer..dimana ada kemahuan disitu ada jalan, angah jangan putus asa, angah boleh dan angah mesti boleh..

Setiap yang kita rancang tak semestinya akan berhasil, yang penting kita wajib terus berusaha untuk berjaya..yakin lah pada diri bahawa ada sinar menanti dihadapan..

Kasihsayang mama dan papa sentiasa mengiringi perjuangan angah untuk terus berjaya, Angah terbaek dan sentiasa terbaek dimata kami..kuatkan semangat..Tuntut lah Ilmu hingga ke negeri China, dan sesungguhya Ilmu itu adalah harta yang paling bernilai dalam kehidupan kita..tak kira dimana jua..
MARNI HANI IZZATI BINTI OTHMAN
mendoakan semoga hidup mu sentiasa didalam KeRahmatanNya yang berpanjangan, Berusahalah untuk mencapai cita-citamu..kegagalan hari ini bukan bererti berahkirnya kehidupan..Dihadapan menanti sinar yang terang dan bercahya, setiap kejadian ada hikmahnya..sesungguhNya Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui setiap kejadian..mungkin sekarang pelangi yang kau impikan tetapi Allah janjikan Bintang buat mu dimasa hadapan..siapa tahu perancanganNya tak terjangkau oleh kita Umatnya...

Kasihsayang kami abadi buatmu sayanggggg.....

No comments:

Post a Comment