Tuesday, 7 August 2012

Puasa oh puasa

Hellowwwww....Assalamualaikum wbt..

ehem2..mula2 nak citer 1st day pose..mak aiii seronok bukan main, maklumlah puasa jatuh pada hari cuti..lepas sahur tunggu subuh solat dan landing time..ambek kau kul 10.00 pagi baru bangun..huhuhuhuhu peningggg kepala haku...sehari suntuk tak der kerja lain aku tengok en somi asyik membuta, si anak pun cam tu..terperuk dalam bilik..jengok2 membuta jugak...

menu 1st puasa..masak lemak udang, sambal sotong, ikan goreng, ayam panggang..cukup???? ada lagik sambal belacan, ulam ulaman..mak aiiii melantak ker haper ni...dan untuk pengetahuan semua..bila bulan puasa jer menu air wajib ada adalah tea 0 ais..haku tak suka minum air yg payah2 nak kena kunyah..lambat, berseredak2 ni lagilah jauhkan dari haku..tak gemooo...


lepas berbuka, erkkkk kenyangnya..tersandar..dan2 tu jugak telinga menangkap..hahhh tak yah nak menyandor2 sangatlah cepat2 terawih...opppsss sorry lupa nak gi terawih hehehhee..moh kita mengimarahkan masjid surau..alhamdulillah...mengejar sebanyak mungkin pahala2 yang boleh dibuat dibulan yng barakah ini...dibulan ramadhan jer ada terawih.bulan lain tak dooo..


Wednesday, 6 June 2012

Doa Buat Angah

Alhamdulillah dengan berkat doa seorang ibu, apa yang aku harapkan menjadi kenyataan..Angah anak yang kedua memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan keputusan SPM bagi tahun 2012..Syukur padaMu Ya Allah dengan keputusan 6A..betapa bangganya aku sebagai ibu..

Dengan semangatnya dia memohon untuk masuk ke Universiti2 yang dia rasa sepadan dengan keputusannya..dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia..tibalah hari keluarnya keputusan permohonan ke UPU aku yang berdebar..dan hanya mampu aku katakan padanya SABARLAH Angah buat rayuan dulu..tunggu 2nd Intake InsyaAllah ada nnt rezeki tu..

sebenarnya dia tak tahu bahawa aku jugak teramat frust..penat memikir dimana silapnya..kenapa dia tak dapat masuk..sedeynya..sian anak mama..dan ini lah kali pertama aku tengok betapa frustnya dia..menagis sampai bengkak mata..apa lagi bila dia dapat tahu ramai kawan2 dia yang keputusan setakat dapat 3A, 4A dan rendah dari dia dapat ke Universiti..aku hanya mampu bagi nasihat mintak dia bersabar, sedangkan dalam hati aku hanya tuhan yang tahu aku jugak menagis mengenangkan kenapa dia tidak diterima masuk ke Universiti..


Angah, mama yakin angah pasti akan dapat masuk ke Universiti..angah belajarlah dulu masuk form 6, kalau tak ada peluang jugak, angah ambek lah STPM, nnt apply semula yer..dimana ada kemahuan disitu ada jalan, angah jangan putus asa, angah boleh dan angah mesti boleh..

Setiap yang kita rancang tak semestinya akan berhasil, yang penting kita wajib terus berusaha untuk berjaya..yakin lah pada diri bahawa ada sinar menanti dihadapan..

Kasihsayang mama dan papa sentiasa mengiringi perjuangan angah untuk terus berjaya, Angah terbaek dan sentiasa terbaek dimata kami..kuatkan semangat..Tuntut lah Ilmu hingga ke negeri China, dan sesungguhya Ilmu itu adalah harta yang paling bernilai dalam kehidupan kita..tak kira dimana jua..
MARNI HANI IZZATI BINTI OTHMAN
mendoakan semoga hidup mu sentiasa didalam KeRahmatanNya yang berpanjangan, Berusahalah untuk mencapai cita-citamu..kegagalan hari ini bukan bererti berahkirnya kehidupan..Dihadapan menanti sinar yang terang dan bercahya, setiap kejadian ada hikmahnya..sesungguhNya Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui setiap kejadian..mungkin sekarang pelangi yang kau impikan tetapi Allah janjikan Bintang buat mu dimasa hadapan..siapa tahu perancanganNya tak terjangkau oleh kita Umatnya...

Kasihsayang kami abadi buatmu sayanggggg.....

Tayar oh Tayar

mula2 nak gelak dulu kuat2 hahhahahhahahha...memang dengan tak malunya aku nak ngaku bahawasanya aku memang tak pandai pam tayar kereta, aku hanya pandai bawak sahaja..kereta auto..senang P=Parking, D= Drive, R= Reverse..tak payah susah2 nak pikir nak tekan kelas ke haper ker.tekan minyak tekan brek sudah..huhuhuhuhu...

pagi tadi nak kuar kerja tgok2 ALAMAKKKKKK tayar kete kurang angin dan boleh dikategorikan kempisss..uwaaaaaaaaaa drive jugak..sampai kat petrol stesen ngan bangganya park dekat AIR & ANGIN..tekan2 220..srussssss bunyik..masukkan kat tempat yang tertombol untuk masukkan angin..ting ting ting..tgok2 harammmmmmmmmmm nya masuk..makin kempis adalah..hahhahhah mampuihhhhh

sila dail 019-9660797...abangggggggg tie kat petronas ni nak pam tayar..tak masuk pun..makin kempis adalah..hahhahhaha datanglah bang kat sini nak gi kerja ni tak reti nak masukkan angin dalam tayar..wahahhahhhh ko ader???? kihkihkihkih

5 minit selepas tu muncullah my hero kehkehkeh..dengan muka tak basuh maklumlah keja petang lepas suboh tidow balik..hehhehe menyelamatkan haku yang memang buta kyu part2 nak masukkan angin dalam tayar keta..kejap jer dah pun siap..hheheheh timakasih en somi..mmmuuuahhhh sekali..peace..

Berikan aku kekuatan Diri

Ya Allah Ampuni lah hamba Mu ini..yang terkadang terkhilaf dan lalai dalam mengingati sujud pada mu Ya Allah..sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang dipinjamkan olehMu hanya seketika cuma..setalah 43 tahun aku kau pinjamkan..berbangai pahit dan manis aku tempuhi setiap dugaan dalam hidup ku aku tempuhi dengan Redha..
Ya Allah Ampunilah aku...ampuni aku Ya Allah..Ampuni Aku...

Tak terucap dengan kata-kata, tak terungkap dengan suara..hidup ini sentiasa diberi dugaan..terdetik dihati ini..kenapa aku..kenapa aku..

Kau yang dahulu bukan lagi seperti yang ku kenal dulu..sehingga kini aku mencari kau yang telah hilang dalam lipatan hidup..ada seperti tiada, jika tiada jasad masih bernyawa..

Jika dulu..aku adalah ratu..akulah pelengkap hidup mu..namun kini semuanya telah hilang..aku tercari2 dirimu dulu..seperti yang aku nyatkan satu ketika dulu..sebenarnya aku telah pun kehilangan mu..

Aku mohon pada Allah dipermudahkan segalanya..andai suatu waktu aku akan kehilangan diri mu aku telah bersedia menghadapi saat itu..dan aku tak mungkin akan kembali kepada mu, dan tak mungkin kau dan aku akan bersatu..aku dah penat, aku dah letih dengan semua itu..semakin aku berusia, aku ingin tenang dan damai melayari hidup tanpa ada hal-hal yang menyakitkan hati..aku dah penat menghadapi kerenah mu, bagilah peluang agar ketenangan ku perolehi dalam diri..

Selama ini pun aku tak pernah meminta, jauh sekali kau kucurangi...cukup-cukuplah...aku sentiasa berusaha untuk mebahagiakan dirimu..namun pernahkah kau cuba untuk membahagiakan hidup aku..sudah suratan aku begini..aku terima dengan lapang dada...dan sekiranya itulah adalah takdirnya...

Benarlah kita hanya mampu merancang dah yang selebihnya hanya Allah yang menentukan..siapa kita nak menghalang qada dan qadar tuhan..ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui...Salam sayang, kasih sayang yang tertumpah untuk mu akan tetap tersemat kemas dalam sanubari hidupku..hadir mu dulu umpama pelangi cantik indah dan berseri.pergi mu ku iringi dan juraian hujan dan ribut petir yang melanda...

Sunday, 13 November 2011

Cerita kami lagi..

Nak mulakan dari mana nih...ermmmm mulakan dengan Bismillahirahmanirrohiim..segala puji-pujian Allah SWT pencipta segenap alam semesta, kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda..

Setiap kejadian, perlakuan manusia ini semuanya telah dicatatkans ejak dari Loh Mahfuz lagi..tiada manusia didunia ini yang tidak membuat silap..kita bukan manusia yang diberikan sebagai taraf2 Wali..jauh sekali perangai dan peradaban kita bertaraf2 malaikat..Jangan menunding semua kesalan di pihak lain..sedangkan 4 jari lagi menunding ke arah sendiri..renung2

begitulah jugak kisah kehidupan ini..tak pernah dan tak mungkin menyalahkan sesiapa kerna itulah jugak takdirnya bila setiap yang kita rancang terjadi sebaliknya.. tidak mungkin manusia itu merancang benda yang buruk terjadi dalam hidupnya..tak mungkin..

Umumnya cerita ni..tak membabitkan kepada yang hidup mahu pun yang telah tiada..sekadar muhasabah diri sendiri..maklumlah blog ni aku yang punya..suka hati sesedap rasa lah nak tulis apa pun kan..hehhehe

sebenarnya nak ceritalah kita org sekeliling ni yang kekadang apa yang dibuat tak tercapai dek akal kita bila melihatnya..contohnya ada jugak segelintir manusia yang mempertaruhkan nyawa demi RM percaya atau tidak ini lah realitinya..

sehingga satu tahap nyawa jadi taruhan semata2 nak dapatkan duit insuran..ini dalah kenyataan bila seorang yang kita gelar sebagai insan menlafazkan.." Nasib baik ada insurance bila kemalangan macam ni dapat jugak duit" mak aiii mudahnya dia nilai nyawa ngan duit sedangkan dia xcident hampir2 membawa maut..hidup diketegorikan sebagai OKU sekarang..Ya Allah macam ni pun ada ker? percaya atau tidak inilah realitinya yang aku nmpk dengan mata kepala ku sendiri..dan kata2 itu diucapkan dihadapan ku sehingga aku terlopong mendengarnya...akai ada kaaa...

sampai jumpa lagi lah ..nak story mory yang lain pulak..moral of the story..kalau ambek insurance jgn pandai2 nak mengxcidentkan diri..kalau hidup dalam lah merasa duit insurance tu..kalau dibuatnya xcident n mati..bini yang tinggal tu jadi janda kaya..hahhahhhhaaaa

Friday, 21 October 2011

Kisah anak2 bila nak Exam

k examhaihh lama betul tak hupdate blog ni..kalau nak ikut kan cerita nak tulis berlambak2..suka duka ada semuanya..hari ni nak citer kisah punyalah berdebar tahap babun bila anak2 nak exam..mak aiii masa aku nak exam dulu tak der lah pulak berdebor macam gini..
anak sulung si Marni Zulaikha punyalah stress nak exam..siap talipon menangis2 takut tak dapat buat..aku apalagi turutlah melelh jugak..maklumlah anak jauh nun di PEROK sana..hati ibu mana yang tak gabra memikirkan hanya kawan2 jer lah yg dapat bantu dan saling membahu antara satu sama lain..sebagai ibu aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga anak2 ku mendapat keputusan yang memberangsangkan..

MARNI ZULAIKHA BINTI OTHMAN student UniKL RCMP Perak

Ni pulak kisah si Angah Marni Hani Izzati nak SPM tahun ni..Mak datuk tak boleh nak kata aper, sehingga tak terkata mengenangkan anak dara yang sorang ni..makin nak exam makin laju dia punya aktiviti berkawad Kadet Polis..berbuih mulut ibu ni duk potpet potpet karang lirik lagu bagi kat dia..yang dia jawab InsyaAllah mama angah cuba yang terbaik..angah debor gok..(Geleng kepala tak terkata apa-apa) dan sebagai ibu aku hanya mampu selepas solat doa panjang2 buat anak2 yang tersayang, kerna merekalah harta yang ternilai yang aku ada...YA ALLAH KAU JADIKANLAH ANAK2 KU MENJADI ANAK2 YG SOLEH DAN SOLEHAN, ANAK2 YG BERJASA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA, AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA..KAU PERMUDAHKAN YA ALLAH URUSAN PEMBELAJARAN MEREKA, TERANGKAN HATI MEREKA, LAPANGKAN FIKIRAN MEREKA, BERIKAN KEKUATAN DAN KETABAHAN DALAM HIDUP MEREKA AGAR DAPAT MENJADI INSAN YANG CEMERLANG DIDUNIA DAN AKHIRAT KELAK..AMIN YA RABBAL ALAMIN
MARNI HANI IZZATI BINTI OTHMAN Student SABS Kuantan

Dan ni pulak kisah si bongsu aku..MUHAMMAD AMIR IQBAL pelajar tahun 5 Sekolah Kebangsaan teruntum, Kuantan...huhuhuhu..nak ketawa ada nak tergelak pun ada, maklumlah anak bongsu manja dia lain macam lah sikit..dari tahun 1 sampai tahun 5 tak reti2 nak pakai baju sekolah sendiri..siap mandi Mama tuala, lap2 badan (mama jugak yg buat) dia pun hulur kaki aku masukan sepentot (spender- dia nah bersunat tu) angkat tangan masukan baju, angkat kaki masukan seluar, ikat Tee, pakaikan talipinggang..kelaur bilik ambek beg..duk kat kerusi pegang sikat hukur kat mama jugak..sikatkan rambut..ulur kaki mama pakaikan setoking, ulur kaki mama pakaikan kasut..jalan masuk kereta, mama ulur beg kat papa..papa angkat beg masuk kereta..taraa siap untuk ke sekolah...(gelak tak??? hahhahahaha ) time exam pulak..adik esok exam ker..yer..semua dah siap dah..adik tak baca buku ker? dah kat sekolah...Balik sekolah :- mama : adik payah tak periksa? adik : soalan senang jer mama, jawapan tu payah..mama: ??????? adik : adik jawap dah tapi tak tahu lah betul ke salah...huwaaaaaaaaaaaaa nak tergelak ngan ketawa tak tahu mana satu..hehehehe

Thursday, 7 July 2011

BILA HATI INI TERLUKA, BILA HATI INI TERASA PEDIHNYA..

Terima kasih atas segalanyer..gelak ketawa sepanjang kita berkawan bersama..tak pernah bersua sekadar hanya di alam maya..mengenali mu membuat aku gembira..tak terniat untuk mencipta kedukaan bersama..

Terkedu dan terkejut lantaran nama mu tak tertera di skrin komputer ku..tanpa salam, tanpa ucapan selamat tinggal kau unfriend aku..apa salah, apa dosa aku..baru semalam kita chatting bersama sambil bergelak ketawa, bermain drama romantika di situ..ahhhh aku terkecil hati dengan mu..aku tak paham akan sikap mu..dan untuk aku kembali request mu..tak mungkin bagi ku..kekecewaan aku terasa amat tidak perlu dinyatakan dengan kata2 sekadar biarlah aku nyatakan..Terima kasih sahabat kerana kita pernah kenal walaupun hanya seketika cuma..

Kenapa dan mengapa hanya kau yang tahu jawapannyer..aku terima andai itu adalah ketentutuan dan pilihan mu..Siapalah aku untuk menahan andai itu pilihan muktamad mu..

Cuma yang membuat kemuskilan bertamu..kenapa???? aku tersalah kata kah? aku tersilap bicara?..biarlah persoalan itu tergantung disitu dan hanya kau tahu kenapa ianya berlaku..aku tetap aku...

Luahan hati ini menyatakan bahawa aku teramat terguris dengan tindakan mu..aku redha kau dan aku hanya bertemu cuma sekadar waktu..Maafkan aku...