Monday, 13 August 2012

meh sini nak kabo..

sebenarnya nak kabo..wehuuuuuu dapat bonus 2 bulan gaji..alhamdulillah aminnn..rezeki dariNya yang disangka2..Boss pun pandai sungguh wat lawak..mula2 bagi tunggakan kenaikan gaji tahunan alhamdulillah dia bayar dari bulan januari sampai jun..hahhhh kau banyak tu..

terpikir pulak..aikkkk kenaikan gaji jer ker..Boss kenaikan gaji jer ker? sekali boss cakap: yer lah nak apa lagik..wahhhh dengan muka seposen haku jawab : BONUS boss..hhahahaha..Boss pulak cakap..ingat tak nak bonus..lawakk lah boss haku ni..rasa macam nak cekek2 jer..Okeylah boss cakap..ambek bonus sebulan gaji dulu..lagi sebulan tengoklah nak bayar hujung tahun ke haper ker..urmmmm okeylah boss..alhamdulillah dapatlah jugak dekat2 3k..(walau dalam hati mengharapkan boss bayar utk terus 2 bulan bonus) syukurrrr jugakk..

Nak kabo lah jugak..sekali semalam pada tanggal 13hb ogos..tetiba boss panggil..buat cek nak bagiiiii....
aaaaaaaaaaaaa aku melopong nak bagi nak buat pembayaran???? untuk saper?? Boss sengeh2..ni nak bagi duit raya untuk awak lah..n than buat lah selalu cek nak bayar bonus lagi sebulan tu..malas saya nak bayar hujung tahun..wahahhahahhahaha..melompat kami dah macam bebudak..Ya Allah syukur sgt2..alhamdulillah boss suka berganda2..syang boss lebih ar gini...Rezeki bulan puasa.. seronoknyer raya tahun ni..bolehlah aim mana yang patut, nak lekat apa lagi untuk bonus kali ke 2 ni...pikir2 nak wat apa yerk???? hehheheheh sukoooowwwww
hahaha wajah org yang gembira buleh bonusss...semangat weihhh...

Wednesday, 8 August 2012

Makhluk Allah yang sekor ni

Tercabar sungguh kesabaran haku pepagi ni..urghhhhhhhhhhhh arghhhhhhhhhhhhhh rasa nak tembak2 jer, kecik2 haku tengok...ada kepatut..pepagi hari aku dengan Xcitednya duk melanding di sofa baru..sambil tangan menggosok2 sekali terasa amat kasar..apakah??????????? Uwaaaaaaaaaaaa tengok2 sofa baru ku telah dicalarkan oleh si kucing en somi...hukhukhukhuk uwaaaaaaaaaaa dan2 tu gak aku rasa nak nangis...

Kucing oiiiii sebanyak2 tempat lain kau boleh cakar kenapalah ko cakar sofa baru ku, sofa yang aku beli dengan jerih perih duit bonus ku..tak sampai nak raya kau dah rosakkan..walaupun hanya kesan cakar..tapi kan dah tak cantik..kategori rosak lah jugak kan..urmmmmm saper yang harus dipersalahkan..kucing tu mmg tak der akal..eeeeeeeeeeeeeeee bencinyaaaaaaaaaa

bertempik pepagi potpet2 ngan en somi..dan macam biasa suami ku hanya mampu senyum..haku tak kira mintak ganti jugakkkk..ganti yang baru??? cehhhh gilerrrr tak akan dilayan dan tak dibuat dek org..hadoiiiii kepala tetiba berdenyut2 sakit kepala, sakit hati, sakit segala2nya..mmg rasa nak tembak jer kucing tu..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nanges lagikkkkk..


agak2 apakah yang patut ku lakukan...??????????????????????? nak disepak terajang kucing tu..konpem2 aku masih waras..itukan kucing dia tak pi sekolah, lagi satu dah lah bulan puasa, haku tak mau pepagi lagi pahala puasa aku dah kurang hanya kerana seekor kucing..haishhhh makhluk Allah yang satu ni..memnang betul2 menguji kesabaran haku di bulan yang penuh barakah ini..Ya Allah ampuni lah hamba mu ini ya Allah...yang paling baik aku kena cari alternatif lain untuk cover kecacatan sofa baru ku dihari raya nanti..sekiannnnnnn lah nak sambung nangessss sakit hati belum reda..

Tuesday, 7 August 2012

Puasa oh puasa

Hellowwwww....Assalamualaikum wbt..

ehem2..mula2 nak citer 1st day pose..mak aiii seronok bukan main, maklumlah puasa jatuh pada hari cuti..lepas sahur tunggu subuh solat dan landing time..ambek kau kul 10.00 pagi baru bangun..huhuhuhuhu peningggg kepala haku...sehari suntuk tak der kerja lain aku tengok en somi asyik membuta, si anak pun cam tu..terperuk dalam bilik..jengok2 membuta jugak...

menu 1st puasa..masak lemak udang, sambal sotong, ikan goreng, ayam panggang..cukup???? ada lagik sambal belacan, ulam ulaman..mak aiiii melantak ker haper ni...dan untuk pengetahuan semua..bila bulan puasa jer menu air wajib ada adalah tea 0 ais..haku tak suka minum air yg payah2 nak kena kunyah..lambat, berseredak2 ni lagilah jauhkan dari haku..tak gemooo...


lepas berbuka, erkkkk kenyangnya..tersandar..dan2 tu jugak telinga menangkap..hahhh tak yah nak menyandor2 sangatlah cepat2 terawih...opppsss sorry lupa nak gi terawih hehehhee..moh kita mengimarahkan masjid surau..alhamdulillah...mengejar sebanyak mungkin pahala2 yang boleh dibuat dibulan yng barakah ini...dibulan ramadhan jer ada terawih.bulan lain tak dooo..


Wednesday, 6 June 2012

Doa Buat Angah

Alhamdulillah dengan berkat doa seorang ibu, apa yang aku harapkan menjadi kenyataan..Angah anak yang kedua memperolehi keputusan yang amat memberangsangkan keputusan SPM bagi tahun 2012..Syukur padaMu Ya Allah dengan keputusan 6A..betapa bangganya aku sebagai ibu..

Dengan semangatnya dia memohon untuk masuk ke Universiti2 yang dia rasa sepadan dengan keputusannya..dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia..tibalah hari keluarnya keputusan permohonan ke UPU aku yang berdebar..dan hanya mampu aku katakan padanya SABARLAH Angah buat rayuan dulu..tunggu 2nd Intake InsyaAllah ada nnt rezeki tu..

sebenarnya dia tak tahu bahawa aku jugak teramat frust..penat memikir dimana silapnya..kenapa dia tak dapat masuk..sedeynya..sian anak mama..dan ini lah kali pertama aku tengok betapa frustnya dia..menagis sampai bengkak mata..apa lagi bila dia dapat tahu ramai kawan2 dia yang keputusan setakat dapat 3A, 4A dan rendah dari dia dapat ke Universiti..aku hanya mampu bagi nasihat mintak dia bersabar, sedangkan dalam hati aku hanya tuhan yang tahu aku jugak menagis mengenangkan kenapa dia tidak diterima masuk ke Universiti..


Angah, mama yakin angah pasti akan dapat masuk ke Universiti..angah belajarlah dulu masuk form 6, kalau tak ada peluang jugak, angah ambek lah STPM, nnt apply semula yer..dimana ada kemahuan disitu ada jalan, angah jangan putus asa, angah boleh dan angah mesti boleh..

Setiap yang kita rancang tak semestinya akan berhasil, yang penting kita wajib terus berusaha untuk berjaya..yakin lah pada diri bahawa ada sinar menanti dihadapan..

Kasihsayang mama dan papa sentiasa mengiringi perjuangan angah untuk terus berjaya, Angah terbaek dan sentiasa terbaek dimata kami..kuatkan semangat..Tuntut lah Ilmu hingga ke negeri China, dan sesungguhya Ilmu itu adalah harta yang paling bernilai dalam kehidupan kita..tak kira dimana jua..
MARNI HANI IZZATI BINTI OTHMAN
mendoakan semoga hidup mu sentiasa didalam KeRahmatanNya yang berpanjangan, Berusahalah untuk mencapai cita-citamu..kegagalan hari ini bukan bererti berahkirnya kehidupan..Dihadapan menanti sinar yang terang dan bercahya, setiap kejadian ada hikmahnya..sesungguhNya Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui setiap kejadian..mungkin sekarang pelangi yang kau impikan tetapi Allah janjikan Bintang buat mu dimasa hadapan..siapa tahu perancanganNya tak terjangkau oleh kita Umatnya...

Kasihsayang kami abadi buatmu sayanggggg.....

Tayar oh Tayar

mula2 nak gelak dulu kuat2 hahhahahhahahha...memang dengan tak malunya aku nak ngaku bahawasanya aku memang tak pandai pam tayar kereta, aku hanya pandai bawak sahaja..kereta auto..senang P=Parking, D= Drive, R= Reverse..tak payah susah2 nak pikir nak tekan kelas ke haper ker.tekan minyak tekan brek sudah..huhuhuhuhu...

pagi tadi nak kuar kerja tgok2 ALAMAKKKKKK tayar kete kurang angin dan boleh dikategorikan kempisss..uwaaaaaaaaaa drive jugak..sampai kat petrol stesen ngan bangganya park dekat AIR & ANGIN..tekan2 220..srussssss bunyik..masukkan kat tempat yang tertombol untuk masukkan angin..ting ting ting..tgok2 harammmmmmmmmmm nya masuk..makin kempis adalah..hahhahhah mampuihhhhh

sila dail 019-9660797...abangggggggg tie kat petronas ni nak pam tayar..tak masuk pun..makin kempis adalah..hahhahhaha datanglah bang kat sini nak gi kerja ni tak reti nak masukkan angin dalam tayar..wahahhahhhh ko ader???? kihkihkihkih

5 minit selepas tu muncullah my hero kehkehkeh..dengan muka tak basuh maklumlah keja petang lepas suboh tidow balik..hehhehe menyelamatkan haku yang memang buta kyu part2 nak masukkan angin dalam tayar keta..kejap jer dah pun siap..hheheheh timakasih en somi..mmmuuuahhhh sekali..peace..

Berikan aku kekuatan Diri

Ya Allah Ampuni lah hamba Mu ini..yang terkadang terkhilaf dan lalai dalam mengingati sujud pada mu Ya Allah..sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang dipinjamkan olehMu hanya seketika cuma..setalah 43 tahun aku kau pinjamkan..berbangai pahit dan manis aku tempuhi setiap dugaan dalam hidup ku aku tempuhi dengan Redha..
Ya Allah Ampunilah aku...ampuni aku Ya Allah..Ampuni Aku...

Tak terucap dengan kata-kata, tak terungkap dengan suara..hidup ini sentiasa diberi dugaan..terdetik dihati ini..kenapa aku..kenapa aku..

Kau yang dahulu bukan lagi seperti yang ku kenal dulu..sehingga kini aku mencari kau yang telah hilang dalam lipatan hidup..ada seperti tiada, jika tiada jasad masih bernyawa..

Jika dulu..aku adalah ratu..akulah pelengkap hidup mu..namun kini semuanya telah hilang..aku tercari2 dirimu dulu..seperti yang aku nyatkan satu ketika dulu..sebenarnya aku telah pun kehilangan mu..

Aku mohon pada Allah dipermudahkan segalanya..andai suatu waktu aku akan kehilangan diri mu aku telah bersedia menghadapi saat itu..dan aku tak mungkin akan kembali kepada mu, dan tak mungkin kau dan aku akan bersatu..aku dah penat, aku dah letih dengan semua itu..semakin aku berusia, aku ingin tenang dan damai melayari hidup tanpa ada hal-hal yang menyakitkan hati..aku dah penat menghadapi kerenah mu, bagilah peluang agar ketenangan ku perolehi dalam diri..

Selama ini pun aku tak pernah meminta, jauh sekali kau kucurangi...cukup-cukuplah...aku sentiasa berusaha untuk mebahagiakan dirimu..namun pernahkah kau cuba untuk membahagiakan hidup aku..sudah suratan aku begini..aku terima dengan lapang dada...dan sekiranya itulah adalah takdirnya...

Benarlah kita hanya mampu merancang dah yang selebihnya hanya Allah yang menentukan..siapa kita nak menghalang qada dan qadar tuhan..ada hikmah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui...Salam sayang, kasih sayang yang tertumpah untuk mu akan tetap tersemat kemas dalam sanubari hidupku..hadir mu dulu umpama pelangi cantik indah dan berseri.pergi mu ku iringi dan juraian hujan dan ribut petir yang melanda...

Sunday, 13 November 2011

Cerita kami lagi..

Nak mulakan dari mana nih...ermmmm mulakan dengan Bismillahirahmanirrohiim..segala puji-pujian Allah SWT pencipta segenap alam semesta, kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan para sahabat baginda..

Setiap kejadian, perlakuan manusia ini semuanya telah dicatatkans ejak dari Loh Mahfuz lagi..tiada manusia didunia ini yang tidak membuat silap..kita bukan manusia yang diberikan sebagai taraf2 Wali..jauh sekali perangai dan peradaban kita bertaraf2 malaikat..Jangan menunding semua kesalan di pihak lain..sedangkan 4 jari lagi menunding ke arah sendiri..renung2

begitulah jugak kisah kehidupan ini..tak pernah dan tak mungkin menyalahkan sesiapa kerna itulah jugak takdirnya bila setiap yang kita rancang terjadi sebaliknya.. tidak mungkin manusia itu merancang benda yang buruk terjadi dalam hidupnya..tak mungkin..

Umumnya cerita ni..tak membabitkan kepada yang hidup mahu pun yang telah tiada..sekadar muhasabah diri sendiri..maklumlah blog ni aku yang punya..suka hati sesedap rasa lah nak tulis apa pun kan..hehhehe

sebenarnya nak ceritalah kita org sekeliling ni yang kekadang apa yang dibuat tak tercapai dek akal kita bila melihatnya..contohnya ada jugak segelintir manusia yang mempertaruhkan nyawa demi RM percaya atau tidak ini lah realitinya..

sehingga satu tahap nyawa jadi taruhan semata2 nak dapatkan duit insuran..ini dalah kenyataan bila seorang yang kita gelar sebagai insan menlafazkan.." Nasib baik ada insurance bila kemalangan macam ni dapat jugak duit" mak aiii mudahnya dia nilai nyawa ngan duit sedangkan dia xcident hampir2 membawa maut..hidup diketegorikan sebagai OKU sekarang..Ya Allah macam ni pun ada ker? percaya atau tidak inilah realitinya yang aku nmpk dengan mata kepala ku sendiri..dan kata2 itu diucapkan dihadapan ku sehingga aku terlopong mendengarnya...akai ada kaaa...

sampai jumpa lagi lah ..nak story mory yang lain pulak..moral of the story..kalau ambek insurance jgn pandai2 nak mengxcidentkan diri..kalau hidup dalam lah merasa duit insurance tu..kalau dibuatnya xcident n mati..bini yang tinggal tu jadi janda kaya..hahhahhhhaaaa